Loading...
Ada netizen kata, kali ini paling ramai kaum Bunian turut menyertai PAU.... |
PAU kali ini adalah yang paling tidak ramai dihadiri. Kalaulah ini dijadikan pengukur jumlah ahli Umno yang masih setia, berapa yang masih tinggal ???
"Begitu juga dengan parti politik, ada yang mengaku ahli juta-juta, tetapi bila buat majlis yang kehadiran dibayar mirip diupah, nak penuhkan dewan kecil dengan manusia biasa pun tak boleh. Sebab yang ramainya ialah ahli bunian. " tulis seorang netizen di fesbuknya.
Yang hadir itu pun belum tentu lagi akan undi umno dalam PRU 14 nanti.
Kehadiran yang lesu jelas menyatakan kepada kita semua bahawa, PAU bukan lagi perhimpunan yang mewakili majoriti rakyat Malaysia.
Umno bukan lagi parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat. Kata-kata 'Rakyat didahulukan' hanyalah rhetorik umpama menanam tebu dibibir Najib yang merah!
Tidak ada perwakilan yg membangkitkan masalah rakyat yang dibebani kos sara hidup akibat GST, nilai Ringgit jatuh dan pemotongan subsidi hingga taraf kehidupan mendadak naik tanpa seiring dengan pendapatan ekonomi rakyat.
Kenaikan melibatkan serba-serbi, harga barang keperluan harian, kadar tambang serta kos perkhidmatan termasuk pengangkutan awam.
Khabarnya, perwakilan hanya dibenarkan berucap dan berbahas melalui teks yang diluluskan.....Maka sebab itulah tidak ada isu rasuah dan integriti, dibangkitkan walaupun Umno sarat dengan isu-isu tersebut.
Tidak ada yang membangkitkan soal 1MDB yang melibatkan kehilangan wang kerajaan yang terlalu besar. Apatah lagi nak bertanya kepada PM Najib mengenai 2.6 billion Ringgit yang tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.
Perhimpunan Umno sepatutnya menjadi flatform bagi perwakilan membawa suara daripada akar umbi dan pandangan setiap lapisan masyarakat supaya dapat dirumuskan dan dapat dirasai denyut nadi akar umbi dan rakyat keseluruhannya bukan sekadar lebih kepada perhimpunan elit yang ampu sana, ampu sini.
Program Bicara Rakyat mendapat sambutan yang menggalakan. |
Loading...
0 Response to "PAU : Ampusana, Ampusini ..."
Posting Komentar