Loading...

PAYAHNYA MENJADI KETUA JIKA TIDAK DITELITI MASALAH MARUAH

Loading...
Bersatu masih belum tubuhkan Srikandi
Dr Shahruddin Md Salle
Dr Shahruddin

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan, parti itu masih belum menubuhkan sayap Srikandi.

Setiausahanya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata oleh itu, kedudukan Anina Saadudin yang dirujuk oleh pelbagai pihak sebagai Ketua Srikandi Bersatu tidak seharusnya timbul.

"Beliau (Anina)  kekal sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras kegiatan Srikandi sehingga sayap parti ditubuhkan secara rasmi," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Dalam pada itu, katanya Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu akan  menubuhkan sayap Srikandi dalam masa terdekat setelah segala proses dan prosedur dalaman parti dipatuhi.

"Srikandi adalah sayap parti yang penting dan oleh yang demikian pemilihan Ketua Srikandi hendaklah dibuat secara teliti setelah pandangan semua pihak diperolehi.

"Adalah diharapkan ahli-ahli Bersatu terutamanya Srikandi dapat bertenang, merapatkan barisan dan meneruskan usaha untuk mengukuhkan parti demi perjuangan menyelamatkan Malaysia," katanya.

Menurut Perkara 21 Perlembagaan Bersatu, penubuhan sayap-sayap parti di semua peringkat adalah di bawah bidang kuasa MPT.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAYAHNYA MENJADI KETUA JIKA TIDAK DITELITI MASALAH MARUAH"

Posting Komentar