Loading...

PENCULIK DITEMBAK MATI

Loading...
Tiga lelaki ditembak mati di Lahad Datu
pistol
Gambar hiasan.

SEMPORNA - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna dipercayai berkaitan kejadian tiga lelaki kumpulan penculik ditembak mati di perairan Merabung-Bakapit, di Lahad Datu semalam. Sidang akhbar itu akan diadakan pada jam 10.30 pagi ini.

Dipercayai tiga daripada lima lelaki disyaki kumpulan penculik dari selatan Filipina ditembak mati dalam pertempuran bersama pasukan keselamatan ketika cuba melakukan penculikan di kawasan perairan antara Merabung-Bakapit, dekat Lahad Datu kira-kira jam 9.51 pagi.

Difahamkan dua lagi suspek diberkas manakala seorang lelaki dipercayai mangsa culik, berjaya diselamatkan.

Seorang anggota keselamatan daripada Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) mengalami kecederaan pada bahagian kaki dipercayai terkena tembakan dalam kejadian itu. - Bernama
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PENCULIK DITEMBAK MATI"

Posting Komentar