Loading...

Penumpang cemas,TAYAR PESAWAT AirAsia PECAH ketika mendarat di KLIA2 pagi tadi

Loading...

21 Rabiulawal 1438H, Rabu – Penumpang pesawat AirAsia mengalami detik cemas apabila dua tayar pesawat yang mereka naiki pecah selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), pagi tadi.
Ketika kejadian, pesawat AirAsia penerbangan AK12 dari Chennnai, India itu sedang melakukan pendaratan di Landasan 33.
Akibat kejadian itu, landasan berkenaan ditutup buat sementara waktu untuk kerja baik pulih.
AirAsia dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan semua penumpang dan anak kapal selamat dan telah dikeluarkan daripada pesawat berkenaan.
“Kami memohon maaf di atas kejadian itu, dan ketidakselesaan yang dialami oleh semua tetamu kami,” katanya. - ismaweb




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penumpang cemas,TAYAR PESAWAT AirAsia PECAH ketika mendarat di KLIA2 pagi tadi"

Posting Komentar