Loading...

PERJANJIAN MANA SATU ? PERJANJIAN MASIH KABUR

Loading...
APA YANG HANGPA JANJI ? YANG KITA NAK TUNGGU ADALAH PERJANJIAN DIANTARA EMPAT PARTI, KALAU BERSETUJU APA BENDA YANG HANGPA SETUJU ? SEMANGAT PERLEMBAGAAN 57/63 ? APA BENDA TU ? AGAMA ISLAM AGAMA RESMI ? RAJA BERPERLEMBAGAAN ?  MARTABATKAN BAHASA MELAYU ? INI LAMA PUNYA HAL. SELAMA NI ADA YANG BANGKANG ? PERKARA YANG AKAN DAN AKAN TU APA BENDANYA ? KABUUUUUR ! - Pak Karamu                                                
 
Pakatan Harapan, Bersatu setuju kerjasama
Pakatan Harapan, Bersatu
Sidang media yang diadakan di ibu pejabat PKR, hari ini.

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju untuk menjalin kerjasama sepertimana yang diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, terdapat tujuh kandungan utama perjanjian yang dibincangkan dan mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

"Kami bersetuju untuk berjuang dengan berlandaskan kepada peruntukan dan semangat Perlembagaan 1957/1963.

"Terutamanya mengenai Islam agama rasmi, peranan dan tanggungjawab Institusi Raja Berperlembagaan serta martabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR tadi.

Perjanjian persefahaman ini ditandatangi oleh pimpinan tertinggi PKR, DAP, Amanah dan Bersatu serta turut dihadiri oleh tujuh wakil dari keempat-empat parti.

Selain itu, Saifuddin berkata, keempat-empat parti komited dalam memperjuangkan agenda reformasi dalam membangunkan semula negara demi rakyat.

"Kami juga bersetuju untuk menggunakan satu calon sahaja (pada PRU14) yang akan mewakili kedua-dua pihak ini.

"Di samping itu, akan diwujudkan gabungan parti-parti politik pembangkang sebelum PRU14 dengan bertujuan membentuk kerajaan," katanya lagi.

Sementara itu, pengunaan logo dan manifesto bersama akan turut digunakan serta kewujudan Jawatankuasa Teknikal Bersama bagi membincangkan pembahagian kerusi PRU kelak.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PERJANJIAN MANA SATU ? PERJANJIAN MASIH KABUR"

Posting Komentar