Loading...
BERHUJAH LOW STANDARD - Pak Karamu
Melayu perlu kuasai bahasa Mandarin
Melayu perlu kuasai bahasa Mandarin
Wan Norashikin Wan Noordin
KUALA LUMPUR - Penguasaan bahasa Mandarin dalam kalangan orang Melayu perlu dipertingkatkan lagi.
Perwakilan Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, lebih-lebih lagi negara kini sedang giat untuk menembusi pasaran di China.
"Jika pelabur China ini memerlukan jentera atau pakar bidang-bidang tertentu, tuan-tuan ingat siapa mereka tertarik untuk ambil tenaga kerja warga tempatan? Tentulah mereka yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.
"Suatu ketika dahulu, dari semasa ke semasa iklan-iklan pekerjaan timbu dengan ayat 'Mandarin speakers only.' Jadi, marilah kita sahut cabaran untuk belajar bahasa Mandarin," katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung Umno 2016, di sini hari ini.
Katanya, Kementerian Pendidikan disyorkan terus mengembangkan kelas efektif bahasa Mandarin di setiap sekolah kebangsaan.
"Kita ada sebanyak 5,943 sekolah kebangsaan di seluruh negara. Mungkin boleh digandakan kelas-kelas di kawasan bandar dahulu secara berperingkat.
"Ini kerana kita perlu menghasilkan golongan yang mengambil kesempatan menembusi pasaran negara China. Sebagai contoh, di Besut telah ada program MyMandarin yang diwujukan dua tahun lalu," katanya.
Loading...
0 Response to "PERWAKILAN UMNO NI MELALUT-LALUT KALO BELAJAR MAKAN BERSEPIT OK GAK"
Posting Komentar