Loading...
Serangan gereja menegangkan hubungan antara agama
Abdul Hadi Awang
MARANG - Pas mengecam serangan letupan berlaku ke atas sebuah gereja (Cairo’s Coptic Cathedral) di ibu negara Mesir yang membunuh 20 orang dan mencederakan hampir 35 orang pada Ahad lalu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kejadian yang berlaku masih belum diketahui siapakah dalang di sebalik tragedi berdarah yang boleh menegangkan hubungan antara agama dan rakyat Mesir.
"Pas mengecam sebarang serangan melibatkan kematian orang awam, warga tua, wanita, kanak-kanak dan memusnahkan bangunan kerana ia bercanggah dengan prinsip Islam sebenar.
"ALLAH SWT berfirman: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya” [Al-A'raf: 56].
"Islam agama syumul telah menggariskan adab dalam peperangan (jihad) dengan melarang menebang pokok dan merosakkan bangunan. Saidina Abu Bakar pernah mewasiatkan komander-komander perangnya, “Jangan menebang pokok dan menghancurkan bangunan".
"Inilah sunnah Rasulullah SAW yang diwarisi oleh para sahabat yang paling memahami al-Quran, Sunnah Rasul-NYA dan roh Islam," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.
Beliau berkata, Islam juga mengutamakan jalan pendamaian dan menyelesaikan dengan penuh keharmonian tanpa pertumpahan darah. Jalan kekerasan dan peperangan bukan jalan terbaik untuk membina negara aman dan damai.
Menurutnya, ketegangan hubungan antara agama dan bangsa hanya membuka pintu untuk campur tangan kuasa asing dengan cita-citanya mengkucar-kacirkan umat Islam dan mengaut hasil bumi untuk dibawa pulang ke negara mereka.
"Selain itu, perlu berhati-hati supaya tidak masuk dalam perangkap musuh dengan provokasi yang dilakukan bagi mencetuskan huru-hara," katanya.
Loading...
0 Response to "PROVOKASI MEMULAKAN SEGALA-GALANYA, PIJAK LAGI AL QURAN !!!"
Posting Komentar