Loading...

SAKIT JUGA BERJUANG DIDALAM POLITIK NIH !

Loading...
BERSATU HANYA BOLEH MINTA PADA PKR DAN DAP KERUSI UNTUKNYA BERTANDING PRU 14. ATAU BERSATU  TERUS BERTANDING SEMUA KERUSI PADA PRU 14, SEMENTARA ITU BERSATU TAK BOLEH MINTA PAN KERUSI SEBAB PAN JUGA TAK DE KERUSI, KERUSI YANG ADA PADA PAN TU PAS YANG PUNYA, PAN MANA ADA KERUSI, SAMA LA MACAM BERSATU, KERUSI YANG ADA TU UMNO YANG PUNYA,  PAS MUNGKIN BOLEH BAGI BERSATU KERUSI YANG DIA BAGI PINJAM PADA PKR, ITUPUN JIKA BERSATU PUTUSKAN HUBUNGANNYA DENGAN PAKATAN HARAPAN -Pak Karamu                                                                                                                                       
 
 
Bukan muafakat kalau tak beri Bersatu kerusi
Muhyiddin
Muhyiddin. - Foto Sinar Harian oleh: MOHD HALIM ABDUL WAHID

PETALING JAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berharap ketika-ketiga parti dalam Pakatan Harapan akan bekerjasama memberikan kerusi pada PRU nanti.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, muafakat kerjasama antara Bersatu dan Pakatan Harapan tidak akan berhasil sekiranya kerusi tidak diberi kepada Bersatu.

"Sebagai parti baru, kami ingatkan yang kami belum ada kerusi lagi, jadi kami mahu minta kawan-kawan (DAP, PKR dan Amanah) untuk menyumbangkan kerusi.

"Tidak ke mana muafakat di sini kalau rakan-rakan kita hanya membantu dari segi moral," katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Masing-masing menandatangani enam dokumen bersama dalam Perjanjian Kerjasama Pakatan Harapan dengan Bersatu.

Persetujuan itu ditandatangani dalam mesyuarat rasmi pertama antara Pakatan Harapan dan Bersatu.

"Sebagaimana yang disebut dalam perjanjian, kami akan adakan rundingan dan semua pihak akan terlibat untuk mengadakan perbincangan pokok.

"Apa yang kita persetujui dalam perjanjian itu adalah kebolehmenangan dan kalau itulah yang menjadi asas, maka kita harap kita akan sampai ke tahap di mana semua pihak akan berpuas hati," kata Muhyiddin lagi.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SAKIT JUGA BERJUANG DIDALAM POLITIK NIH !"

Posting Komentar