Loading...

Siapa yang terkencing : Sarawak Report atau Hj Hadi?

Loading...


  Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berkata surat tuntutan yang disampaikan kepadanya dari PAS adalah satu ‘political gesture’.

 Surat itu, yang disampaikan kepadanya di alamatnya di London pada hari Selasa, dilaporkan berhubung dakwaannya bahawa parti Islam itu kononnya menerima RM90 juta dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 “Saya menganggap tindakan mereka itu sebagai satu ‘political gesture’ dan satu penyalahgunaan protokol yang mereka mahu eksploitasi,” kata Rewcastle-Brown kepada Malaysiakini dalam emel malam tadi.

 Beliau juga berkata tiada prosiding mahkamah yang telah dimulakan.

 Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata notis tuntutan “Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defarmation” itu menyenaraikan tiga tuntutan terhadap portal berita terbabit.

Ia menuntut Sarawak Report membuang artikel yang mendakwa PAS menerima RM90 juta dari perdana menteri Malaysia dan membuat permohonan maaf mengikut terma-terma yang dipersetujui oleh PAS.

 Ia juga meminta laman web pemberi maklumat itu memberikan jaminan untuk tidak menyiarkan dakwaan yang sama pada masa akan datang.

 PAS telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rewcastle-Brown di UK. – Malaysiakini

Komen al-Husseyn :

  Bahasa mudahnya ialah, Clare Rewcastle-Brown sikit pun tak terasa apa-apa pun dengan ancaman surat loyar Hj Hadi tu....

   Malah dia seakan mencabar Hj Hadi : tiada prosiding mahkamah yang telah dimulakan...

  Malah Clare menyifatkan tindakan menghantar surat itu kepadanya dilakukan atas sebab-sebab politik dan bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai tetapi mempunyai kesan yang sedikit!

 Orang ramai terus mendesak supaya Hj Hadi benar-benar akan saman Sarawak Report sebagaimana janjinya pada 17 Ogos lalu.

 Empat bulan sudah berlalu dan orang ramai yang amat kasih dan sayangkan Hj Hadi semakin marahkan Clare kerana masih dibiarkan begitu sahaja memfitnah ulama mereka.

 Sarawak Report mesti diambil tindakan yang sewajarnya jika benar akhbar itu memfitnah Hj Hadi kononnya menerima RM90 juta dari PM Najib.

 Sekadar penafian sahaja tidak setimpal dengan kedudukannya sebagai seorang ulama agong taraf dunia. Mana bisa seorang ulama ternama sepertinya difitnah menerima sogokan dari seorang yang dikenali dunia sebagai Kleptokrasi!

 Kena kasi ajar sama itu Sarawak Report, biarkan Clare itu terkencing-kencing jadinya....

 Harap Hj Hadi jangan ulang main tangguh-tangguh nak saman Clare sebagaimana pindaan 'RUU akta 355'. Kita tak mahu kelak ada orang yang kata Hj Hadi ini suka kencing merata .... 
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Siapa yang terkencing : Sarawak Report atau Hj Hadi?"

Posting Komentar