Loading...

SPRM Analisis 12 Tan Dokumen Berhubung Dakwaan Rasuah Di Sabah

Loading...
SPRM Analisis 12 Tan Dokumen Berhubung Dakwaan Rasuah Di Sabah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganalisis 8,000 baucar dan fail seberat 12 tan dalam siasatan berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan sebuah agensi kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata siasatan kini memasuki fasa terakhir dan dijangka siap dalam masa terdekat sebelum kertas siasatan dikemukakan pada Jabatan Peguam Negara.

SPRM Analisis 12 Tan Dokumen Berhubung Dakwaan Rasuah Di Sabah. SPRM mengambil tempoh sebulan untuk menganalisis baucar pembayaran mulai 2008 hingga 2016.

“Baucar itu diekstrak daripada fail yang mengandungi puluhan ribu dokumen melibatkan dokumen tuntutan pembayaran keseluruhan jabatan kerajaan negeri Sabah.

“Dianggarkan keseluruhan berat fail yang dianalisis dan disemak itu mencecah sehingga 12 tan,” katanya dalam satu kenyataan.

Azam berkata proses siasatan tersebut dilakukan secara teliti dan mendalam bagi melihat pelbagai aspek perundangan dengan penglibatan 137 pegawai SPRM dari Ibu Pejabat, bahagian serta negeri lain.

SPRM Analisis 12 Tan Dokumen Berhubung Dakwaan Rasuah Di Sabah


SPRM, katanya amat serius dalam penyiasatan isu rasuah khususnya yang melibatkan kepentingan rakyat namun memerlukan masa yang mencukupi bagi memastikan semua bukti dapat dikumpul agar tidak wujud sebarang masalah ketika prosiding di mahkamah.

Beliau berkata SPRM mendapat perintah reman ke atas 28 individu melibatkan seorang bekas pengarah, 2 bekas timbalan pengarah, 23 jurutera dan juruteknik serta 2 orang awam yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit.

SPRM juga merakamkan percakapan lebih 200 saksi bagi membantu siasatan yang dijalankan sejak 4 Oktober lalu.

SPRM Analisis 12 Tan Dokumen Berhubung Dakwaan Rasuah Di Sabah. Sepanjang tempoh operasi, SPRM turut merampas, menyita serta membekukan harta bernilai kira-kira RM114.5 juta terdiri daripada wang tunai, akaun bank, amanah saham serta aset alih dan tidak alih dalam dan luar negara. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SPRM Analisis 12 Tan Dokumen Berhubung Dakwaan Rasuah Di Sabah"

Posting Komentar