Loading...

[TAHNIAH UMNO, BN] Harga kelapa naik mendadak

Loading...

PONTIAN - Harga kelapa yang naik mendadak, ditambah  kesukaran mendapatkan bekalan menyebabkan peniaga santan berdepan peningkatan kos pengeluaran.

Penjual santan, Mohd Farid Luqman percaya, harga santan akan naik dalam waktu terdekat.

“Saya ada dengar cakap-cakap harga santan akan naik. Itu tidak mustahil kerana kelapa sangat mahal sekarang. Harga sebiji kelapa sekarang sekitar RM1.60.

“Ini belum lagi masalah bekalan kelapa yang kerap terputus, terutama pada musim perayaan, seperti bulan puasa, Aidilfitri, raya haji dan cuti persekolahan di mana banyak majlis kenduri diadakan,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri terpaksa menjual santan dengan harga RM10 sekilogram, berbanding RM9.50 sebelum ini.

“Bekalan buah kelapa sekarang ini susah nak dapat.
 Kadang-kala terpaksa ke Batu Pahat cari kelapa.

“Pokok kelapa tidak banyak ditanam pada masa sekarang kerana pekebun lebih gemar memilih pokok kelapa sawit yang memberi hasil lebih baik,” katanya.




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[TAHNIAH UMNO, BN] Harga kelapa naik mendadak"

Posting Komentar