Loading...

Tengku Mahkota dilantik pemangku Raja Kelantan

Loading...
Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra melafaz sumpah jawatan Pemangku Raja Kelantan di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sempena istiadat perisytiharan pelantikan Pemangku Raja Kelantan di Istana Kota Lama, hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU - Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, 42, dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada istiadat yang berlangsung di Istana Kota Lama di sini, hari ini.

Baginda akan memegang jawatan itu sepanjang Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 mulai 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan watikah pelantikan sebagai Pemangku Raja Kelantan kepada adindanya itu, selepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengisytiharkan pelantikan baginda memegang jawatan tersebut.

Tengku Mahkota Kelantan kemudiannya melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan berkenaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Ahmad Bache dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad menjadi saksi pada istiadat itu.

Turut hadir pada istiadat berkenaan yang berlangsung kira-kira 6.30 petang ialah Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim; Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat. - Bernama
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tengku Mahkota dilantik pemangku Raja Kelantan"

Posting Komentar