Loading...

Tindakan KPDNKK Tidak Masuk Akal

Loading...
Tindakan KPDNKK Tidak Masuk Akal. Tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga kawalan daging kambing pada harga tidak munasabah sempena Krismas membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan peniaga.

Mereka mendakwa harga ditetapkan tidak masuk akal dan tidak memberi keuntungan kepada peniaga kecil memandangkan ia terlalu rendah.


Tindakan KPDNKK Tidak Masuk Akal. Peniaga daging kambing sejak beku di Pasar Sentul, Alauddin Abdul Rahim berkata KPDNKK menetapkan harga RM21/kg sedangkan sedangkan mereka mendapat harga RM20/kg daripada pembekal.

“Macam mana kami peniaga kecil nak hidup kalau KPDNKK tetapkan harga tanpa membuat pemeriksaan atau bertanya kepada peniaga? Harga ditetapkan itu harga lama.

“Mereka membuta-tuli meletakkan harga. Langsung tidak turun padang untuk memastikan harga semasa,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Tindakan KPDNKK Tidak Masuk Akal


Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyatakan Skim Kawalan Harga Muslim Perayaan (SKHMP) Krismas 2016 bagi 18 barangan harga terkawal akan berkuat kuasa pada 19 hingga Disember ini

Katanya, peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum ditentukan kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain.

Alauddin turut menolak dakwaan KPDNKK yang peniaga memperoleh harga RM17/kg daripada pembekal daging.

“Mereka kata harga (daripada pemborong) RM17/kg dan suruh kami jual RM21 untuk musim Krismas. Harga ini gila.

“Kami kena buang lemak, kena masuk dalam peti sejuk kerana sebelum dijual keesokkan harinya. Selepas ditimbang, ia akan berkurangan sekilo setengah (selepas dikeluarkan dari peti sejuk) dan akan dibuang lemak dalam 3kg,” katanya.

Seorang lagi peniaga daging kambing, Shahjahan Abdul Ghani turut sependapat dengan Alauddin.

Tindakan KPDNKK Tidak Masuk Akal


Menurutnya, peniaga daging kambing sejuk beku akan rugi sekiranya mereka menjual pada harga RM21/kg kepada pelanggan.

“RM1 memang tak ada untung. Biasanya kami akan ambil RM7, RM8 keuntungan, bagi membolehkan kami menolak kos lemak yang dibuang daripada daging.”

“Mereka (KPDNKK) langsung tak buat kerja. Mereka mesti periksa terlebih dahulu dengan syarikat pembekal daging kambing dan kemudian barulah tetapkan harga kepada peniaga,” katanya.

Antara barangan disenaraikan ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup (harga maksimum di Sarawak sahaja), ayam Belanda import, kepak ayam (Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja), daging kambing tempatan bertulang (Semenanjung sahaja), daging kambing/biri-biri import tanpa tulang.

Tindakan KPDNKK Tidak Masuk Akal.  Selain itu, daging paha kambing/biri-biri import bertulang (Semenanjung sahaja), telur ayam gred A, gred B dan gred C, tomato, lada benggala hijau, babi hidup (kawalan di peringkat ladang sahaja), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak) (Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja) juga termasuk dalam skim kawalan harga. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tindakan KPDNKK Tidak Masuk Akal"

Posting Komentar