Loading...

[TIRU NAJIB, PASTU JANJI NAK SAMAN] PAS serah surat tuntutan 3 perkara kepada Sarawak Report

Loading...

KUALA LUMPUR, 16 Rabiulawal 1438H, Jumaat – PAS secara rasminya menyerahkan surat tuntutan kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown beralamat di London pada 13 Disember lalu, lapor portal rasmi parti itu, Harakah Daily.
Memetik kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, notis tuntutan ‘Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defamation’ menuntut tiga perkara terhadap portal berkenaan.
Tiga perkara itu ialah meminta Sarawak Report membuang artikel itu daripada laman web Sarawak Report; mahu Sarawak Report siarkan satu permohonan maaf (apology) atau penarikan segala tuduhan mengikut terma yang akan dipersetujui oleh PAS; dan menuntut Sarawak Report memberi akujanji (undertaking) tidak akan menyiarkan dakwaan palsu pada masa akan datang.
Notis itu berkuat kuasa selama tujuh hari bermula daripada tarikh surat berkenaan.
Takiyuddin berkata, dua pihak yang akan menyaman portal berkenaan iaitu parti PAS dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[TIRU NAJIB, PASTU JANJI NAK SAMAN] PAS serah surat tuntutan 3 perkara kepada Sarawak Report"

Posting Komentar