Loading...
Pasti ramai guru tersenyum puas.
Lebih-lebih lagi mereka yang termasuk dalam kelompok yang disebut sebagai ‘duka lara’, iaitu cikgu-cikgu yang terpaksa bertahun-tahun berpisah dengan suami atau isteri sebab bertugas di lain kawasan.
Ada guru bertugas di Sabah atau Sarawak, sedangkan pasangan bekerja di Semenanjung – hanya dapat bertemu ketika cuti sekolah.
Dalam keadaan berjauhan memang kesunyian, terutama waktu malam tetapi bilangan guru seperti ini semakin berkurangan.
Seperti yang dilaporkan media, Kementerian Pendidikan telah menyelesaikan 9,000 pertukaran guru di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid keutamaan pertukaran diberi kepada guru-guru yang tinggal berjauhan dengan pasangan masing-masing.
Maka hilanglah duka lara dan dahaga; kini senyum mesra dan bahagia!
Tetapi lebih panjang lagi senyuman 430,000 para guru, apabila kementerian mengumumkan akan menyediakan khidmat guaman, dan membela nasib mereka yang disaman oleh ibu bapa ketika menjalankan tugas sebagai pendidik.
Guru disaman ibu bapa menjadi perkara biasa sekarang.
Era saya sekolah dulu-dulu, tidak pernah ada isu ibu bapa menyaman guru. Cikgu dianggap orang mulia dalam kalangan masyarakat, terutama di kampung saya. Apa-apa sahaja hal, termasuk melantik imam dan bilal masjid atau surau, cikgu dijadikan tempat merujuk.
Guru dan ibu bapa saling menghormati.
Malah sesetengah ibu bapa memberi kuasa penuh kepada guru, termasuk ustaz yang mengajar al-Quran, untuk berbuat apa sahaja yang patut kepada anak mereka.
“Kalau anak saya nakal, cikgu boleh pukul...” Itu dikatakan kepada guru pada hari ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah atau tempat belajar al-Quran. Ayat ibu bapa itu biasanya ditambah: “...asal jangan anak saya sampai patah-riuk.”
Waktu itu rotan dibenarkan di sekolah. Bukan sahaja guru besar, guru kelas pun ada rotan sendiri. Saya pernah beberapa kali kena rotan, antaranya sebab ponteng latihan sukan selepas sekolah.
Tidak kira berapa peritnya rotan sepanjang setengah depa itu hinggap di punggung atau di tapak tangan, lebih baik jangan mengadu pada abah. Sebab abah juga kebanyakan ibu bapa ketika itu – akan menyebelahi guru.
Silap-silap gaya abah tambah pula satu atau dua rotan lagi untuk saya! Demikianlah hormatnya ibu bapa terhadap kaum guru ketika itu. Pada hal apa yang pada hari ini dianggap ibu bapa sebagai penderaan oleh guru adalah perkara biasa bagi murid-murid zaman persekolahan saya.
Seawal darjah satu saya dan murid-murid lain telah diminta memungut sampah di keliling sekolah, mencuci tandas, mengelap meja guru, menyapu dan mengemas bilik darjah. Itu menjadi salah satu disiplin dan kemahiran hidup.
Tetapi hari ini sekiranya ada murid mengadu diminta memungut sampah, lebih-lebih lagi membersihkan tandas, ibu bapa menganggap itu sebagai penderaan kepada murid. Ibu bapa akan menulis surat kepada pengetua, salinan kepada pihak atasan, menghujah mengapa anak mereka didera.
Malah, silap-silap guru yang menyuruh murid mengutip sampah boleh disaman oleh ibu bapa. Ibu bapa sekarang, terutama yang berduit dan berkedudukan, memandang rendah pada guru.
Silap sikit sahaja mereka akan ke sekolah untuk menyerang guru. Sekiranya atas apa-apa kesalahan – tidak membuat 'homework', melawan guru, memancitkan tayar kereta guru – dan murid didenda berdiri atas bangku, atau berjemur sekejap di tengah padang, ibu bapa akan sanggup menumbuk guru, seperti yang pernah beberapa kali dilaporkan media.
Walaupun nyata murid tidak membuat 'homework', ibu bapa masih memenangkan anak sebab itu disiplin murid sejak akhir-akhir ini berada pada tahap paling rendah, sehingga ada yang sanggup membakar bilik guru.
Bagi sesetengah guru mereka bosan dengan sikap ibu bapa yang angkuh, lalu mengambil sikap lepas tangan terhadap murid seperti ini. Murid bodoh tidak mahu diajar, ibu bapa pula pandai tidak boleh diikut. Inilah antara dilema yang dihadapi guru sekarang.
Tetapi, tidak dapat dinafikan ada juga seorang dua cikgu yang melampau dan menghukum murid dengan cara yang tidak sepatutnya. Ada guru yang garang terlajak, tidak sesuai sebagai pendidik, lebih layak menjadi penjaga harimau di Zoo Negara.
Pernah dilaporkan ada guru menumbuk murid hingga lebam-lebam, menampar murid hingga rosak gegendang telinga. Malah ada juga guru yang mencabul kehormatan murid.
Guru-guru seperti ini memang patut disaman, dan jangan dibela di mahkamah. Guru seperti ini jangan diberi muka, malah patut dinyahkan terus.
Duka lara jadi senyum bahagia
ABDUL JALIL ALI
8 Disember 2016

0 Response to "Tulisan 'Duka Lara Jadi Senyum Bahagia' Dapat Repsons Guru Paling Banyak"
Posting Komentar