Loading...

YANG BERANI PEMIMPIN ISLAM YANG BERMAZHAB WAHABI JE !!!!

Loading...
Pemimpin Islam perlu bersatu lawan kezaliman
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

KANGAR - Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu pemimpin Islam bersatu agar mampu bertindak menentang kezaliman dan bukan sekadar melaungkan kata-kata mengutuk perbuatan tersebut.

Katanya, laungan yang mengecam kekejaman itu tidak memberi kesan kepada mereka yang melakukan kezaliman sebaliknya mereka akan terus bertindak menzalimi umat Islam hingga menyebabkan umat Islam terus hidup menderita.

"Islam merupakan agama terbesar di dunia dan tidak seharusnya dibiarkan dalam kalangan umat Islam tersebut terus hidup ditindas oleh penganut agama lain.

"Malangnya, keadaan ini terus berlaku. Ramai umat Islam hidup menderita malah tidak kurang juga yang menjadi mangsa pembunuhan akibat kedudukan umat Islam sendiri tidak kukuh disebabkan sering berbalah sesama sendiri," katanya  ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Alwi di sini hari ini.

Mohd Asri berkata lebih menyedihkan apabila umat Islam bukan sahaja berbalah sesama mereka kerana kepentingan diri, malah ada kalangan orang Islam sendiri yang membela mereka melakukan kemungkaran dan kezaliman.    

Katanya, umat Islam adalah sebaik-baik umat di dunia ini, tetapi sayangnya mereka tidak mempamerkan sifat umat terunggul kerana tidak mampu mencegah kemungkaran dan kezaliman.

Beliau menegaskan pegangan Islam mencegah kemungkaran bukan sahaja menentang kezaliman terhadap umat Islam tetapi juga menentang kezaliman ke atas semua umat manusia termasuk yang bukan beragama Islam.

"Saya yakin jika seluruh pemimpin Islam di dunia ini bersatu menentang kezaliman sudah pasti dapat membela nasib umat Islam yang sedang dizalimi di Myanmar, Syria, Iraq dan negara-negara Islam lain," katanya. - Bernama
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "YANG BERANI PEMIMPIN ISLAM YANG BERMAZHAB WAHABI JE !!!!"

Posting Komentar