 |
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (kiri) berkenan bersalaman dengan Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena ketika menyambut Presiden itu di Istana Negara, hari ini. - Foto Bernama |
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima kunjungan hormat Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena di Istana Negara di sini.
Ketibaan Sirisena disambut Sultan Muhammad V yang diiringi Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.
Kunjungan berkenaan merupakan yang pertama melibatkan pemimpin luar sejak Sultan Muhammad V memegang jawatan itu Selasa lalu menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada Isnin.
Presiden Sri Lanka itu yang tiba di sini semalam, sedang dalam rangka lawatan sulung tiga hari ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada Januari tahun lepas.
Lawatan itu akan memberi dorongan baharu kepada kerjasama dua hala yang akan mengukuhkan dan meningkatkan hubungan antara Malaysia dan Sri Lanka ke tahap yang lebih tinggi. - Bernama
Related Posts :
UMNO Hari Ini Macam Kapal Selam, Tenggelam, Tak Maksudnya Karam
Tindakan beberapa ahli parlimen UMNO meninggalkan parti ketika parti sedang diuji (merujuk kenyataan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hami… Read More...
[Video Najib tiba, mahkamah dikawal ketat] Najib mengaku tak bersalah, mohon dibicarakanKhamis, 20 September 2018
Otai BERSIH
Suka Halaman Ini · 54 min ·
Wow..terbaik ni..
Bekas perdana mente… Read More...
[Video Kami nak masuk juga!'] SEJARAH MALAYSIA TERCIPTA! Satu-satunya bekas pemimpin negara didakwa 32 pertuduhan & Pemerhati dari Amerika hadir prosiding kes NajibKhamis, 20 September 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 8 min ·
SEJARAH MALAYSIA TERCIPTA !!!
… Read More...
Berita Yang Sungguh Memeranjatkan.. Siapa Sangka!!
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas beberapa pertuduhan pengubahan wang haram da… Read More...
[Video TERKINI : Suasana Tegang Antara Penyokong Najib Dan Polis] Azizah penaung baru BAM, ganti Rosmah.Khamis, 20 September 2018
Azizah penaung baru BAM, ganti Rosmah
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan Timbalan Perd… Read More...
0 Response to "YDP Agong terima kunjungan hormat Presiden Sri Lanka"
Posting Komentar