Loading...
AMANAH Bimbang Perkembangan Terbaru Ini. Amanah bimbang tindakan kerajaan Malaysia tunduk kepada China akan mengancam kedaulatan negara, termasuk dalam soal menentukan pemimpin negara, kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Ketua Biro Antarabangsa Amanah itu memberi contoh Presiden Amerika Syarikat (AS) baharu, Donald Trump yang dilihat terlalu rapat dengan Rusia sehingga menyebabkan Moscow didakwa membantu kemenangannya.
AMANAH Bimbang Perkembangan Terbaru Ini. “Pengaruh Rusia dipercayai membantu kemenangan Trump. Rakyat Malaysia juga khuatir pelabuhan besar, kontrak serta wang China akan mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 untuk memenangkan Datuk Seri Najib Razak dan BN.
“Di manakah kedaulatan negara untuk memilih pemimpin secara bebas dan adil tanpa pengaruh luar?” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mempersoalkan kemungkinan tuntutan kuasa luar, dalam isu ini China, terhadap pihak yang memenangi PRU14 nanti.
“Kini, rakyat AS bimbang pengaruh dan tekanan politik dan komersial yang akan dikenakan Rusia ke atas Trump. Kebimbangan sama akan turut dialami rakyat Malaysia.”
AMANAH Bimbang Perkembangan Terbaru Ini
Semalam, Kedutaan China di Malaysia mengecam pihak yang mempolitikkan hubungan Malaysia dan China serta menggesa dakwaan itu dihentikan.
Kedutaan itu berkata, hubungan dua hala itu tidak akan menjejaskan kepentingan Malaysia dan tidak mahu kerjasama baik itu dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.
Raja Bahrin berkata, isu kedaulatan negara akan timbul apabila negara atau pemimpinnya terlalu bergantung kepada negara lain dari segi ekonomi serta kewangan.
“Sekarang pun Malaysia menunjukkan sikap terlalu tunduk kepada kuasa besar itu dengan menyepi di Parlimen dalam isu kapal China mencerobohi perairan Malaysia Timur serta keputusan tribunal antarabangsa di The Hague yang menolak tuntutan negara itu di Laut China Selatan.
“Malah, Malaysia tidak setuju dengan cadangan negara Asean lain untuk menyokong keputusan tribunal,” dakwanya.
Beliau merujuk keputusan Mahkamah Timbang Tara Kekal di The Hague pada 12 Julai lalu yang menolak tuntutan Beijing ke atas Laut China Selatan berdasarkan hak bersejarah kerana berpendapat tuntutan itu tiada asas undang-undang dan mengekalkan tuntutan Filipina ke atas sebahagian perairan itu.
AMANAH Bimbang Perkembangan Terbaru Ini
Raja Bahrin mendakwa Malaysia menyerahkan banyak projek kepada China seperti pengurusan beberapa pelabuhan dan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
“Inilah kebergantungan yang dibantah kami. Negara Afrika yang bergantung kepada China kini mengalami masalah sendiri.
AMANAH Bimbang Perkembangan Terbaru Ini. “Kami bukan anti-China, tetapi anti monopoli mana-mana negara dan kebergantungan tinggi Malaysia kepada negara itu,” katanya. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "AMANAH Bimbang Perkembangan Terbaru Ini"
Posting Komentar