Loading...

AMANAH Lancar Bantuan Banjir Di Kelantan

Loading...
AMANAH Lancar Bantuan Banjir Di Kelantan. Amanah hari ini melancarkan pusat bantuan kemanusiaan dan tabung banjir bagi membantu mangsa di Kelantan.

Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany Hamzan berkata, Pusat Peduli Banjir yang beroperasi di Pejabat Amanah Kubang Kerian akan menjadi pusat pengumpulan bantuan dari seluruh negara.

“Hasil pemantauan Pemuda Amanah Negeri Kelantan, beberapa barangan keperluan sangat mendesak ialah tikar, selimut, baldi, tuala wanita dan bayi.

AMANAH Lancar Bantuan Banjir Di Kelantan.  “Kami akan membuka pusat pengumpulan bantuan banjir di negeri lain seluruh negara bagi memudahkan dermawan menghulurkan sumbangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Pemuda Amanah turut mengalu-alukan sukarelawan membantu mangsa banjir di negeri berkenaan.

Sementara itu, Datuk Husam Musa yang sedang menyertai misi bantuan kemanusiaan di Syria turut memberi sumbangan peribadi RM7,000 kepada Tabung Banjir Amanah Kelantan.

Keadaan banjir di Pantai Timur bertambah buruk dengan Terengganu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi berbanding Kelantan, pagi tadi.


AMANAH Lancar Bantuan Banjir Di Kelantan


Seramai 10,766 mangsa banjir daripada 3,169 keluarga ditempatkan di 125 pusat pemindahan di Terengganu, setakat 8.20 pagi tadi berbanding 9,976 orang daripada 3,280 keluarga yang ditempatkan di 82 pusat pemindahan di Kelantan pagi tadi.

Hari ini juga, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan 6 sungai di 4 daerah di Terengganu kini melepasi paras bahaya.

Kerajaan negeri Kelantan melalui laman web http://ift.tt/1lUz7IE pula melaporkan paras air 2 sungai utama di Kelantan menunjukkan penurunan, tetapi masih melepasi paras bahaya setakat 8 pagi tadi.

Dua sungai itu ialah Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah yang mencatat bacaan 17.65m (paras bahaya 16m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 10.39m (paras bahaya 9m).

AMANAH Lancar Bantuan Banjir Di Kelantan


Paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai juga menurun kepada 22.84m (paras bahaya 25m), Sungai Lebir di Tualang, Gua Musang 29.67m (paras bahaya 35m) serta Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai 32.26m (paras bahaya 38m). - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "AMANAH Lancar Bantuan Banjir Di Kelantan"

Posting Komentar