Loading...

ATE ? RAMAI YANG FAHAM SIAPA PARTI TUNGGANGAN, AWAT TAK NGAKU PULAK ?

Loading...
'Pas mahu bermain dengan isu perkauman'
Datuk Iskandar Abdul Samad
Datuk Iskandar Abdul Samad

SHAH ALAM  - Cadangan Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad untuk Parti Amanah Negara (Amanah) bergabung dengan DAP hanyalah untuk memainkan isu perkauman.

Timbalan Ketua Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, propaganda ini bertujuan untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

"Pemimpin Pas cuba mengelirukan rakyat dengan memainkan propaganda mengatakan DAP adalah parti chauvinis dan DAP yang akan mengetuai pakatan pembangkang.

"Amanah adalah parti yang berjuang atas dasar Islam berasaskan Maqasid Syariah. Perjuangan bersama PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah untuk tujuan yang satu iaitu bagi menyelamatkan rakyat daripada BN," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pas semalam mencadangkan Amanah supaya membentuk gabungan kerjasama atau pakatan politik dengan DAP.

Ini kerana menurut Iskandar, kedua parti itu lebih rapat dan mesra dalam fahaman politik masing-masing.

Katanya lagi, sekiranya Pas masih bersikap memusuhi parti-parti pembangkang dan pada masa yang sama mengambil sikap senada dengan Umno dengan memainkan isu perkauman sebagai modal politik,  maka Pas hanya akan menjadi 'spoiler' kepada perjuangan rakyat.

"Ironinya, Pas yang dahulu pernah bersama DAP sehingga berjaya membentuk kerajaan bersama di Selangor dan Perak, kini mengambil sikap memusuhi DAP dalam masa turut mengheret Amanah bersama dalam permusuhannya.

"Agenda perjuangan yang utama bagi rakyat hari ini adalah perjuangan bagi menyelamatkan negara daripada korupsi dan kleptokrasi. Sikap memusuhi DAP dan Amanah akan merugikan rakyat kerana rakyat memerlukan satu gabungan parti-parti pembangkang yang kuat untuk menumbangkan BN dalam PRU14," katanya lagi.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ATE ? RAMAI YANG FAHAM SIAPA PARTI TUNGGANGAN, AWAT TAK NGAKU PULAK ?"

Posting Komentar