Loading...
Bekas Presiden Indonesia Didakwa Hina Agama. Dalam kehangatan politik di Indonesia, bekas presiden Megawati Soekarnoputri kini diheret pula untuk siasatan polis selepas didakwa menghina agama.
Seorang lelaki membuat laporan polis dengan mendakwa Megawati menghina agama ketika berucap sempena sambutan ulang tahun parti Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang dipimpinnya baru-baru ini.
Bekas Presiden Indonesia Didakwa Hina Agama. Media dalam talian memetik Ketua Hubungan Masyarakat Polis Martinus Sitompul sebagai berkata lelaki yang dikenali sebagai Baharuzaman itu membuat laporan berkenaan di Bahagian Siasatan Jenayah Polis, Ibu pejabat Polis Republik Indonesia di sini, semalam.
Katanya, Baharuzaman mengakui dirinya mewakili satu himpunan masyarakat yang dikenali sebagai Anak Bangsa Gerakan Anti Penodaan Agama.
Dalam laporan itu, Baharuzaman membawa 3 cakera padat video rakaman ucapan Megawati pada majlis sambutan Hari Ulang Tahun PDI-P ke-44 sebagai barang bukti kes.
Beliau berkata siasatan laporan itu akan melalui proses seperti biasa dan polis akan memanggil beberapa ahli agama dan bahasa untuk memberi pandangan terhadap dakwaan itu.
Bekas Presiden Indonesia Didakwa Hina Agama
Dalam laporan itu, Baharuzaman mendakwa ucapan Megawati dianggap menghina agama kerana mendakwa terdapat pemimpin agama yang menganut ideologi tertutup dan bersikap seperti “peramal masa depan”.
Indonesia kini sedang hangat dengan isu kaum dan agama yang dikaitkan dengan demam Pilihan raya Ketua Daerah (Pilkada) pada 15 Februari ini.
Penyandang jawatan gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama kini sedang menghadapi perbicaraan mahkamah atas tuduhan menghina agama.
Basuki atau lebih dikenali sebagai Ahok dikatakan melakukan kesalahan itu ketika bertemu pengundi di Kepulauan Seribu dan meminta umat Islam di situ tidak terpedaya dengan pihak menggunakan surah Al-Maidah dalam Al-Quran berkaitan larangan kepada umat Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam.
Ahok calon tunggal bukan Islam dan mempertahankan jawatan atas tiket beberapa parti politik termasuk PDI-P.
Bekas Presiden Indonesia Didakwa Hina Agama
Selain daripada terpaksa mengawal siri demonstrasi di ibu kota Jakarta, polis juga sedang menjalankan siasatan terhadap Ketua Front Pembela Islam Rizieq Shihab yang didakwa dengan pelbagai tuduhan berkaitan kes menimbulkan isu ras dan agama.
Sebelum itu, beberapa individu berpengaruh termasuk adik Megawati, Rachmawati ditahan bagi membantu siasatan kerana terbabit melakukan kekacauan dan merancang menjatuhkan kerajaan secara tidak berperlembagaan.
Pihak berkuasa juga sedang memantau laporan media sosial dan menutup beberapa laman web didapati menimbulkan isu berkaitan ras dan agama serta menyebarkan berita palsu yang menggelisahkan rakyat.
Presiden Joko Widodo berkata kerajaan serius memerangi berita palsu dan meminta semua pihak supaya membina budaya baharu yang mementingkan kesantunan dan kesopanan dalam menggunakan media sosial.
Bekas Presiden Indonesia Didakwa Hina Agama. “Jangan menghasut, jangan memfitnah, menyebarkan khabar bohong, jangan menyebarkan kebencian. Selalu saya sampaikan ini di mana-mana,” katanya. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "Bekas Presiden Indonesia Didakwa Hina Agama"
Posting Komentar