Loading...
PADANG TERAP 21 Jan. – Kementerian Pendidikan mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap portal berita, Free Malaysia Today (FMT) yang menyiarkan laporan tidak betul tentang tahap graduan negara ini yang dikatakan setaraf pelajar sekolah.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan FMT memutarbelit kenyataan seorang profesor itu bukan sahaja menyalahi etika kewartawanan malah mencalar imej pendidikan negara dan menggores hati seluruh warga pendidiknya.
“FMT tidak bertanggungjawab dengan berita yang dikeluarkan, mereka tidak boleh membuat tuduhan atau ambil kenyataan orang lalu jadikan berita yang sangat bias dan sangat tidak adil kepada guru serta pensyarah di Malaysia.
“Saya anggap perlu diambil tindakan terhadap portal berita tersebut kerana laporannya boleh menjejaskan kredibililti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sarapan Pagi Santai di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap di sini hari ini yang turut dihadiri penduduk dan pemimpin setempat.
Mahdzir mengulas tentang tindakan FMT yang menyiarkan kenyataan seorang profesor dari Universiti Harvard, Lant Pritchett yang menzahirkan kebimbangan sekiranya siswazah di negara ini menjadi seperti siswazah di Indonesia yang dakwanya hanya memiliki tahap pendidikan setara dengan pelajar sekolah menengah di Denmark.
Portal tersebut bagaimanapun semalam tampil dengan pemohonan maaf setelah profesor berkenaan menafikan membuat kenyataan seperti dilaporkan FMT.
Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, sebagai pengamal media FMT perlu bersikap lebih bertanggungjawab terhadap berita yang dilaporkan dalam bentuk andaian sehingga mengundang persepsi negatif.
Katanya, sebagai pengamal media FMT tentu faham bahawa benda yang tidak betul tidak boleh disiarkan, begitu juga dengan hanya berdasarkan persepsi.
Tambah beliau, Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha meneruskan agenda pembangunan pendidikan dengan bukan saja untuk melahirkan pelajar berilmu, berakhlak dan adaptif kepada cabaran tetapi boleh bertindak dengan pandangan dan pendapat yang betul.
Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata, perubahan format muka hadapan slip keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) merangkumi keputusan komponen psikometrik, kokurikulum dan sukan selain akademik akan dimulakan tahun ini.
“Laporan itu akan dilaksanakan tahun ini dengan ibu bapa bukan sahaja dapat melihat skor anak mereka dalam akademik tetapi semua lapangan,” katanya.

0 Response to "Graduan M'sia setaraf pelajar sekolah, menteri mahu SKMM siasat portal FMT"
Posting Komentar