Loading...
Gambar hiasan |
Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, Tan Sri Khair Mohamad Yusof menjelaskan, berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 3 Tahun 1998 penjawat awam termasuk guru tidak boleh mengumpul dana secara personal malah jika sekolah membuat program kutipan derma pun perlu ada kebenaran pihak polis seperti jogathon atau walkathon.
Beliau turut mengingatkan, sebarang hadiah melebihi nilai RM5OO perlu ada pengisian borang dan kebenaran daripada Perbendaharaan melalui borang yang sedia ada.
Beliau berkata, Ketua Jabatan seperti Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri perlu menguatkuasakan pekeliling di atas sambil menegaskan matlamat walaupun dengan niat yang baik, tidak boleh menghalalkan cara.
Guru yang terlibat perlu dinasihatkan Ketua Jabatan masing-masing supaya berhenti mengutip wang dan kembalikan semula hasil yang telah diperolehi dan juga boleh dibuat teguran jika engkar dengan pekeliling yang berkuatkuasa.
Perkara diatas dikongsikan oleh Menteri Pendidikan, Dato Seri Mahdzir Khalid di laman FB beliau.
Loading...
0 Response to "Guru buat kutipan derma perlu berhenti, kembalikan hasil atau ditegur ikut pekeliling"
Posting Komentar