Loading...
Banjir di Kelantan kali ini lagi teruk dari 2014
Ads by Kiosked
Bumbung di tangga rumah seorang penduduk Kampung Kuala Merabang runtuh akibat arus deras.
MACHANG - Penduduk di Kampung Kuala Merabang, Dewan Kecil, Labok mendakwa banjir yang melanda baru-baru ini, merupakan yang terburuk dalam sejarah hidup mereka.
Menurut penduduk, Banjir Bah Kuning pada 2014 yang lalu tidak seteruk Selasa lalu memandangkan kampung itu terletak jauh dari Sungai Kelantan.
Penduduk, Zainab Mahmood, 70 berkata, banjir darat (air hujan) merupakan perkara biasa di kampung tersebut namun tidak seteruk yang berlaku baru-baru ini.
Katanya, sepanjang lebih 30 tahun tinggal di kampung itu, air tidak pernah masuk ke dalam rumahnya dan hanya melibatkan pekarangan rumah.
"Kali ini, air di dalam rumah mak cik paras lutut orang dewasa dan mak cik tidak sempat mengemas barang-barang memandangkan mak cik tidak sihat dan anak-anak keluar bekerja.
"Mak cik terpaksa biarkan semua barangan kelengkapan rumah dan selamatkan diri mak cik. Mujurlah ada adik yang tinggal berdekatan, tolong selamatkan peti sejuk," katanya kepada Sinar Harian.
Loading...
0 Response to "HANYA SATU KAPONG SAHAJA YANG TEROK KOT ?"
Posting Komentar