Loading...

HINA BAHASA MELAYU: Realiti Sikap Bangsa Cina yang Entah Bila Akan Selesai

Loading...
Ini bukan kes pertama mereka menghina Islam dan Melayu. Beribu netizen memaki hamun mereka tiada gunanya. Ungkapan-ungkapan seperti "balik Cinalah" dan sebagainya hanya sia-sia, kerana kita mesti menelan hakikat sebenar realiti sekarang.
Mereka amat percaya bahawa kita orang Melayu sudah tidak boleh buat apa-apa kerana:-
1) Parti UMNO yang bertempik "Hidup Melayu" setiap kali PAU, pemimpinnya bergantung pada duit orang Cina untuk survival politik mereka (baca; periuk nasi).
2) Parti PAS, yang baru bercerai dengan DAP, belum nampak ada kekuatan dan pelan yang jelas untuk memimpin perubahan besar dan signifikan bagi mendaulatkan semula Islam dan orang Melayu pada masa depan. Parti masih lagi berlegar di sekitar isu PAN, DAP, UMNO dan Hudud. Gaya kepimpinan individual dan keguruan juga membantutkan proses mobilisasi segala sumber kekuatan umat tanpa mengira parti yang boleh disalurkan ke arah cita-cita Islam dan Melayu yang besar di wilayah kuasa yang semakin mengecil ini.
3) Lupakanlah parti PKR dan PAN, kerana kedua-duanya memang hidup bergantung pada sokongan Cina sejak lahir.
4) Kuasa besar dunia sekarang ialah China. Chauvinisme Cina mengatasi perbezaan ideologi dan kiblat politik. Itu sebab mereka sanggup mati untuk mempertahankan SJKC, kerana ia mencetak generasi demi generasi yang pekat Chauvinisme Cina. MCA pernah mengarak pemimpin China di Kuala Lumpur yang menyatakan jaminan China tidak akan membiarkan sesuatu berlaku pada Cina Malaysia. Orang Melayu masih belum fahamkah?
Tiada apa-apa lagi yang tinggal pada orang Melayu kecuali motosikal kapcai guna pergi kerja setiap hari mengharung risiko kemalangan mati demi mencari sesuap nasi. Di bumi dan tanah sendiri. Hanya segelintir yang mampu membeli rumah dan bersantai ke luar negara.
Majoriti masih rasa selesa dengan kehadiran sebuah telefon bimbit dibawa ke hulu ke hilir, berswafoto, walaupun kedaulatan agama, bangsa dan tanah air tergadai. Walaupun kocek kosong, apatah lagi geran tanah barang sekeping.
Itulah beberapa hakikat pahit yang mesti ditelan, supaya kita boleh berfikir dengan betul. Tindakan reaktif emosi hanya sia-sia. Kena buat kerja susah dan payah, memakan masa lama untuk membina semula kekuatan. Tiada jalan pintas.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "HINA BAHASA MELAYU: Realiti Sikap Bangsa Cina yang Entah Bila Akan Selesai"

Posting Komentar