Loading...
Gambar hiasan |
Antaranya Patsy Woo, pengasas sebuah kumpulan Facebook untuk ibu bapa yang memilih tidak menyekolahkan anak mereka seperti majoriti ibu bapa lain.
Sebagai ganti, mereka menyediakan pembelajaran di rumah.
Bercakap kepada FMT, Woo berkata, ia bukan sahaja membeeri ibu bapa lebih banyak kelonggaran, tetapi juga menjimatkan wang.
Menurutnya, pembelajaran di rumah juga semakin popular di Malaysia, dan beribu-ribu ibu bapa memilihnya sebagai alternanif kepada sekolah.
Woo berkata terdapat perbezaan antara pembelajaran di rumah secara tersusun, dan pusat pembelajaran di rumah yang berpandukan silabus.
“Melalui pembelajaran di rumah, ia bergantung kepada ibu bapa apa yang mereka mahu anak pelajari dan sama ada mereka mahu menuruti silabus sesuatu negara.
“Di pusat pembelajaran rumah pula, fokusnya hanya akademik, tidak banyak berbeza daripada sekolah, dengan lebih banyak aktiviti kurikulum dan pelajaran bahasa Inggeris,” kata Woo.
Memilih tidak menghantar anak ke sekolah bukan sesuatu yang melanggar undang-undang. Walaupun ibu bapa dan penjaga diwajibkan menjalani persekolahan rendah, ibu bapa yang memilih mengajar anak di sekolah perlu mendapatkan izin Kementerian Pelajaran.
Kemahiran sosial
Woo tidak setuju anggapan ramai yang kanak-kanak tidak dapat membangunkan kemahiran berinteraksi dan sosial dengan orang lain sekiranya tidak hadir ke sekolah.
“Hanya kerana tidak ada kanak-kanak lain di rumah, tidak menjadikan mereka tanpa kemahiran sosial. Apabila keluar rumah, mereka secara sendirinya memulakan perbualan dengan kanak-kanak dan orang dewasa lain.”
Woo berkata pembelajaran di rumah memberikan ibu bapa lebih banyak ruang mengenal pasti minat anak mereka dan berusaha memberi fokus terhadapnya.
“Pendidikan tidak seharusnya terbatas di dalam sesebuah kelas. Apabila kami memilih mengajar anak di rumah, kami memberikan tumpuan terhadap perkara yang diminati mereka dan bukan subjek yang tidak berguna bagi mereka.”
Woo berkata pembelajaran di rumah sesuai untuk kanak-kanak berusia 3-12 tahun kerana ia membina asas yang kuat di dalam mereka.
Bagaimanapun, menurutnya, pilihan perlu diberikan kepada kanak-kanak itu sama ada mereka mahu ke sekolah atau belajar di rumah.
Katanya, menguruskan pembelajaran di rumah memerlukan banyak masa dan kesabaran, tetapi memberikan kepuasan.
“Memanglah lebih senang hantar sahaja anak anda ke sekolah. Tetapi dengan pembelajaran di rumah, anda mempunyai kawalan lebih apa yang dipelajari anak anda dan bagaimana ia dipelajari, dan tidak perlu risau anak dipengaruhi tabiat tidak baik daripada kanak-kanak lain,” kata Woo, yang mengajar 2 anaknya di rumah sehingga mereka menyatakan hasrat menghadiri sekolah.
“Mereka tidak mempunyai masalah menyesuaikan diri di sekolah dan kami mempunyai banyak kenangan manis bersama. Ia pengalaman hidup paling indah dikongsikan kami sebagai keluarga.
Sumber: FMT
Loading...
0 Response to "'Homeschooling' - Mengapa saya tidak hantar anak belajar di sekolah"
Posting Komentar