Loading...

INI CERITA TERLALU LAMA, TAK DAPAT BENTERAS SEBAB........

Loading...
Sindiket pinjaman wang terlibat kongsi gelap
Sindiket pinjaman wang terlibat kongsi gelap
Antara barang yang dirampas dalam operasi melibatkan sindiket pinjaman wang tanpa lesen.

KUALA LUMPUR – Bukan sahaja menawarkan khidmat pinjaman wang tanpa lesen, tapi sindiket ini juga dipercayai mendalangi kegiatan kongsi gelap.

Itu pendedahan susulan tertangkapnya seramai 26 individu berusia antara 17 hingga 51 tahun dipercayai ahli sindiket tersebut dalam operasi di Johor Bahru dan Ipoh, Perak, semalam.

Tangkapan turut membabitkan tiga wanita termasuk seorang warga Vietnam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, operasi bermula jam 10 pagi mendapati sindiket ini aktif mencari mangsa dengan membuat iklan pinjaman menerusi iklan dan pamplet yang diedar di kawasan perumahan serta kawasan perniagaan.

“Motifnya kerana kawasan-kawasan tersebut adalah tumpuan orang awam.  Sindiket yang telah bergiat aktif sejak dua tahun lalu di kawasan sekita negeri Johor dikesan bertindak ganas terhadap mangsa,” katanya.

Jelasnya, tidak cukup dengan itu, sindiket ini akan mengugut mangsa dan menyimbah cat semasa membuat kutipan wang.

Mengulas tentang jumlah faedah yang dikenakan, Acryl Sani memberitahu, peminjam akan dikenakan faedah yang tinggi antara 10 hingga 15 peratus dan  ditawarkan pinjaman dengan peminjam yang baru bagi membantu menyelesaikan pinjaman. Kaedah ini menjadikan peminjam akan meminjam wang dari ramai peminjam.

Selain itu, dipercayai, sindiket ini juga mendalangi kegiatan samseng dan kongsi gelap di kawasan sekitar.

Tambahnya, setakat ini semakan dapati terdapat 26 kes yang disiasat membabitkan sindiket ini yang mana tujuh daripadanya melibatkan keganasan.

“Dalam serbuan itu, kita telah merampas beberapa barang antaranya, telefon bimbit, kad ATM, komputer, buku cek, kertas iklan Ah Long dan senjata tajam iaitu parang dan pedang samurai. Turut dirampas wang tunai dan pelbagai model kenderaan.

“Jumlah sitaan yang dibuat berjumlah RM2,048,050,” katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "INI CERITA TERLALU LAMA, TAK DAPAT BENTERAS SEBAB........"

Posting Komentar