Loading...

Islam tidak sampai kepada DAP?

Loading...

IZWAN ABDUL HALIM





PENTAKSUB dalam kalangan PAN cuba menjustifikasikan penerimaan mereka terhadap DAP dengan pelbagai hujah terutama aspek dakwah. Antaranya membandingkan Umno dengan DAP, seolah-olah tidak memandang bahawa majoriti Umno adalah Muslim dan majoriti DAP sebaliknya. Malah, hingga meletakkan perbahasan ulama mengenai status kalangan manusia yang tidak sampai kepadanya seruan Islam.

Sekalipun DAP boleh digolong sebagai mad'u, tetapi tersangat dangkal untuk membela DAP dengan hujah sedemikian. Mereka telah lama wujud di negara ini yang majoriti Muslim. Mendengar dan melihat sendiri cara hidup Muslim di dunia ini secara langsung atau dari pelbagai medium.

Bahkan, mereka pernah ke Mesir, Tunisia dan negara umat Islam lain bertemu para ulama. Juga menanggapi sendiri konsep Maqasid Syariah. Paling ketara juga, ramai terpesona dan teruja apabila kalangan DAP hadir ke kuliah agama atau berucap memetik ayat-ayat al-Quran, selain pengakuan meniru gaya Khalifah Umar Abdul Aziz dan meuar-uarkan peruntukan untuk pembangunan Islam.

Selain itu, tidak kurang dari kalangan DAP yang mempelajari mengenai Islam, tetapi paling kuat menafikan Islam dari dilaksanakan. Didokong pula oleh kalangan asatizah tertentu yang membantu menghias dengan dalil dan nas di mana akhirnya menjurus untuk Islam tidak dilaksana atau ditangguhkan. Sedangkan segala perbahasan sewajarnya membuka jalan untuk Islam dilaksanakan secara roh dan jasad biarpun seminima mungkin.

Mereka jugalah asatizah yang curang dan menjadi pemangkin mencampuradukkan Islam dengan idealogi dan teori lainnya hingga umat menjadi keliru dan menghadapkan agama Allah ini dalam pelbagai pertuduhan.

Sepatutnya, segala pembelaan mereka terhadap DAP dengan menyandarkan kalam-kalam Allah perlu dimuhasabah betapa kemungkinan diri telah termasuk sebagaimana kalangan yang disebut dalam ayat-ayat surah al-Mumtahanah. Antaranya telah wujud kasih sayang hingga melanggar batas kewajaran dalam memberi dan berhubungan, tanpa ada sedikitpun kewaspadaan.

Maka jelas, tidak relevan sama sekali untuk menstatuskan DAP sebagai belum sampai Islam kepada mereka. Mereka bukan seperti 'katak di bawah tempurung', tetapi perumpamaan itu mungkin sesuai untuk kalangan PAN yang berfikir sedemikian.

Sebaliknya, DAP semakin menzahirkan penentangan mereka kepada perkara-perkara bersangkutan Islam. Lihat juga sebagaimana secara terancang dan sangat halus apabila menyebabkan orang Islam-Melayu di Pulau Pinang bagaikan terusir dari pulau tersebut. Jika mereka cenderung kepada Islam dan tidak rasis, mengapa tidak diusaha untuk mempertahankan rakyat yang telah bergenerasi menetap di situ?

Tindakan itu boleh dianggap lebih buruk dari penjajah Francis Light yang sejahat-jahatnya, dikatakan menerima terma "Selagi Ada Bulan & Bintang" merujuk kepada keberadaan Islam; jika benarlah terma itu wujud. Kerana pastinya tempoh singkat Francis Light di Pulau Pinang dahulunya tidak sempat sampai Islam kepadanya berbanding DAP yang pernah makan setalam dengan PAN.
                                         
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Islam tidak sampai kepada DAP?"

Posting Komentar