Loading...

KELANTAN MUNGKIN TENGGELAM ?

Loading...
Paras air sungai di Kelantan terus meningkat
Paras air sungai di Kelantan terus meningkat
Paras air sungai di Tambatan Diraja semakin meningkat. 
 
KOTA BHARU - Biarpun hujan sekali-sekala di beberapa tempat hari ini dan cuaca kelihatan agak cerah, namun catatan paras air di sungai utama di negeri ini terus meningkat.

Menurut portal eBanjir Negeri Kelantan, sehingga jam 12.23 tengah hari, hari ini paras air Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard mencatatkan bacaan 18.59 meter melebihi paras bahaya 16 meter.

Begitu juga paras air Sungai Golok di Jenob yang berada pada bacaan 23.52 meter meningkat kepada 23.67 meter melebihi paras bahaya 23.50 meter.

Sementara di Tangga Krai pula, dilaporkan semalam berada di peringkat amaran melebihi  paras bahaya iaitu mencatatkan 25.04 meter.


Catatan di Tambatan DiRaja, Kota Bharu juga meningkat dan mencatatkan bacaan 3.52 meter iaitu melebihi paras berjaga-jaga 3 meter.

Sementara itu,   jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 18 pusat pemindahan melibatkan jajahan Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah sehingga ini berjumlah 1,252 mangsa terdiri daripada 318 keluarga.

Jumlah mangsa banjir di  jajahan Kuala Krai mencatatkan penurunan kepada 446 mangsa berbanding semalam sebanyak 839 orang yang ditempatkan di empat pusat pemindahan.

Namun di jajahan Tanah Merah jumlah mangsa banjir terus mencatatkan pertambahan, iaitu sebanyak 140 orang berbanding semalam 132 penduduk.

Bagaimanapun, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Tok Bok yang ditutup kepada kenderaan ringan bermula  jam 2 petang semalam sudah boleh dilalui sejak pagi tadi.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KELANTAN MUNGKIN TENGGELAM ?"

Posting Komentar