Loading...
Anugerah berprestij gol terbaik Puskas 2017 menjadi hak Mohd Faiz Subri, telah disampaikan oleh Bintang Lagenda Bola Sepak Brazil, Ronaldo.
Ketika Faiz mahu menyampaikan ucapan terima kasihnya, dia terus terdiam agak lama, sambil semua mata tertumpu kepadanya yang masih mencari-cari teks ucapan dalam handphone di tangannya, jarinya terus menguis-nguis ....
Hadirin pakat ketawa melihat gelagat Faiz yang menggeleng kepala menunjukkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku...Mujurlah Faiz tidak memakai pakaian baju Melayu... Kalau tidak sudah tentu gelabah Faiz bertambah terketar-ketar dengan cuaca bawah tahap beku, -5 darjah Celsius.
Saya tidak mahu komen sangat mengenai english Faiz, dia baca dari teks pun tidak betul...Mereka yang mendengarnya pun tak faham sekepeng pun! Kesian tengok dia bila diketawakan begitu rupa.
Faiz mendapat anugerah berprestij itu pun adalah kerana kakinya yang bijak menutur bahasa bola di atas padang, bukan kerana kepetahannya berucap dalam English.
Namun timbul persoalan, kenapa Faiz mesti berucap in English? Kenapa tidak menggunakan bahasa Melayu supaya nampak lebih bersahaja?
Cristiano Ronaldo yang menerima anugerah pemain lelaki terbaik FIFA 2016 di majlis yang sama sebelumnya, telah berucap menggunakan bahasa portugal dan dialihbahasa oleh pengacara majlis.
Dilaporkan Faiz Subri pada mulanya akan memakai baju Melayu.
Tetapi setibanya disana, dikatakan tak jadi sebab cuaca terlalu sejuk!
Memakai pakaian rasmi baju sut, seperti ditetapkan oleh penganjur anugerah Puskas, lebih sesuai dengan cuaca bawah tahap beku, -5 darjah Celsius.
Mengapa tidak diambil kesempatan berucap dengan bahasa Melayu untuk menunjukan budaya Melayu sebagai galang gantinya?
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah meminta dan mendapat izin Fifa untuk Faiz memakai baju kebangsaan pada majlis itu. Kenapa FAM tidak mohon mendapatkan jurubahasa untuk Faiz?
Saya sangat bersetuju dengan pandangan wartawan Ariff Atan yang mempersoalkan kenapa FMM tidak mendesak pihak penganjur sediakan penterjemah demi memastikan Faiz selesa berucap dalam bahasa lidahnya.
Berikut komen Ariff Atan :
25 saat dewan sepi.Apa pun tahniah diucapkan kepada Faiz kerana telah mengharumkan nama Malaysia.
Pemain bertaraf dunia dinafi hak bercakap bahasa kelima terbesar penutur di dunia!
Apa FAM buat sampai tidak mendesak pihak penganjur sediakan saja penterjemah demi memastikan Faiz selesa berucap dalam bahasa lidahnya?
Di mana suara lantang menteri sukan supaya penganjur membenarkan Faiz berucap dalam bahasa Melayu supaya tidak jadi bahan ketawa orang asing?
Memang patut pengurusan FAM dirombak beri pada mereka yang lebih nasionalis!
Paling penting juga memang wajar kerajaan Umno-BN yang minda tertawan dibuang saja pada PRU14 ini!
Terbukti kerajaan Umno-BN tiada tekad politik apa lagi tekad budaya mempertahankan anak bangsa yang sudah diiktiraf dunia juga maruah bahasa kebangsaan bahkan pakaian kebangsaan di pentas antarabangsa!
Loading...
0 Response to "Kenapa Faiz Subri berucap dalam Bahasa Inggeris?"
Posting Komentar