Loading...
Ada pihak yang tidak bertanggungjawab memalsukan laporan Kajiselidik PRU14 yang diterbitkan oleh INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI), untuk menunjukkan kekuatan parti tertentu berbanding parti-parti di dalam PH.
Mukasurat yang diedarkan itu palsu dan dibuat-buat.
Saya sertakan setiap mukasurat yang sebenar. 104,340 pengundi yang menjawab itu ditanya pilihan mereka mengikut gabungan politik iaitu BN, PH atau PAS; bukan memilih parti secara berasingan.
Keputusan ini adalah suara rakyat biasa yang ditelefon secara rawak; dan secara rawak juga menjawab.
Saya bentangkan juga kepada rakyat termasuklah pimpinan-pimpinan parti politik supaya mengetahui suara rakyat memandangkan semua orang sebelum ini berteori tetapi tidak ada bukti empirikal.
Bagi saya, mesej rakyat adalah jelas iaitu mahu Dato' Seri Najib diganti. Oleh sebab itu mereka mahu pimpinan politik mengenepikan persengketaan dan tumpukan kepada mencari jalan menewaskan Dato' Seri Najib.
Saya faham mesej rakyat itu.
Kalau ada yang tidak faham sebaliknya mahu memutar belitkan keputusan, itu terpulang kerana rakyat juga menghakimi setiap tindak tanduk parti politik dan ahli politik.
Jangan ingat kita lebih tahu dari suara majoriti rakyat yang datang dari kajiselidik politik paling besar pernah dibuat di negara ini.
Loading...
0 Response to "Keputusan Kajian INVOKE: PAS bakal hilang semua kerusi jika tanding 3 penjuru"
Posting Komentar