Loading...

Kerabat Diraja Kuwait dihukum gantung sampai mati kerana membunuh

Loading...

27 Rabiulakhir 1438H, Khamis – Tujuh orang termasuk seorang anggota keluarga Diraja Kuwait menjalani hukuman gantung sampai mati semalam kerana membunuh.
Pihak berkuasa memaklumkan, mereka, tiga wanita dan empat lelaki itu adalah yang pertama menjalani hukuman mati di negara itu sejak pertengahan 2013.
Mereka ialah dua rakyat tempatan, dua rakyat Mesir serta masing-masing seorang dari Bangladesh, Filipina dan Ethiopia.
Kerabat Diraja Kuwait, Sheikh Faisal Abdullah Al-Sabah adalah yang pertama menjalani hukuman mati itu selepas didapati bersalah menembak mati anak saudara lelakinya pada 2010.
Seorang lagi tertuduh Nusra al-Enezi, rakyat tempatan didapati bersalah membakar khemah pada 2009 pada majlis perkahwinan bagi membalas dendam ke atas suaminya kerana berkahwin lain.
Sementara itu, wanita warga negara Filipina dan Habsyah adalah amah yang disabit kesalahan membunuh majikan mereka dalam dua jenayah berasingan.
Dilaporkan, setakat ini masih terdapat 50 banduan yang sedang menunggu hukuman mati. – Agensi
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerabat Diraja Kuwait dihukum gantung sampai mati kerana membunuh"

Posting Komentar