Loading...

Kerjasama sektor awam-swasta dalam pendidikan awal kanak-kanak diteruskan

Loading...
MAHDZIR Khalid beramah mesra dengan penuntut-penuntut Malaysia
bagi mendapatkan pandangan tentang penambahbaikan
sistem pendidikan di Malaysia di London kelmarin. - UTUSAN ONLINE
LONDON 25 Jan. - Kementerian Pendidikan akan terus bekerjasama dengan sektor swasta bagi memastikan bilangan mencukupi pendidikan prasekolah serta memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk akses kepada pendidikan awal kanak-kanak tercapai.

Melalui kerjasama strategik ini Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kadar enrolmen bagi pendidikan prasekolah meningkat kepada 85 peratus pada 2016 berbanding 67 peratus pada tahun 2009, peningkatan sebanyak 17 peratus dalam tempoh tujuh tahun.

Selain itu menurutnya, kerjasama kukuh itu telah menghasilkan peningkatan dalam enrolmen kanak-kanak istimewa dalam pendidikan prasekolah iaitu daripada 846 orang pada 2015 kepada 918 orang (2016).

"Kementerian turut menubuhkan 66 prasekolah dalam pelbagai masyarakat peribumi dengan bilangan murid seramai 1,429 orang.

Ini menunjukkan komitmen Malaysia dalam Sasaran Pembangunan Mapan (SDG) 4 yang dicadangkan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk memastikan pendidikan berkualiti inklusif dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama dalam Forum Pendidikan Dunia (EWF) di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin dan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Md. Rozai Shafian.

Dalam sesi dialog selepas ucaptama, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Dasar Pendidikan Botswana, Simon M. Coles menyatakan minat untuk mengetahui kerjasama pintar kementerian dengan pihak swasta dalam menjayakan program pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.

Di samping itu, pada EWF itu, Mahdzir turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Utusan Perdagangan Britain ke Malaysia, Richard Graham serta Ketua Eksekutif GL Education, Grey Watson dan Pengarah Kerjasama Antarabangsa GL Education.

Pelbagai perkara berkaitan dengan pendidikan dibincangkan termasuklah program berkembar, penilaian berasaskan sekolah dan kerjasama yang boleh dilakukan oleh kerajaan Britain dalam membantu Malaysia. - UTUSAN ONLINE

jobs from my.neuvoo.com

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerjasama sektor awam-swasta dalam pendidikan awal kanak-kanak diteruskan"

Posting Komentar