Loading...

KITA HARAP TUHAN AKAN MELAKNAT SIAPA YANG MENENTANG

Loading...

RUU355: Tidak timbul isu siapa bawa
Nor Azariza Mohd Alawi
Nor Azariza Mohd Alawi

KOTA BHARU - Dakwaan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) 355 menjadi polemik berikutan dibawa Ahli Dewan Rakyat yang bukan daripada kerajaan tidak sepatutnya timbul memandangkan ia telah lama dimuktamadkan.

Exco Pemuda Pas Pusat, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, semua sudah sedia maklum isu RUU355 banyak ditentang Ahli Parlimen DAP dan penentangan ini akan tetap berlaku walau siapa pun yang membawanya.

“Kalau kerajaan bawa pun mereka tetap akan tentang. Malah saya berpendapat ia lebih teruk, mereka akan anggap ini talian hayat Umno untuk terus kekal memerintah dan tawan hati pengundi Melayu.

“Apabila ia dibawa oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ia menggambarkan bahawa Pas konsisten dalam memperjuangkan agenda parti bagi melaksanakan hukum Allah dan memperkasakan lslam sebagai agama persekutuan,” katanya.

Nor Azariza berkata demikian ketika mengulas kenyataan Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz yang dedahkan terdapat beberapa faktor isu RUU355 terus jadi polemik, di mana salah satunya kerana dibawa Ahli Dewan Rakyat bukan daripada kerajaan.

“Shamrahayu tidak sepatutnya menyentuh mengenai isu berkenaan, kerana jawatankuasa di peringkat pusat sendiri juga terdiri dari pelbagai pihak termasuk kerajaan, pembangkang, ahli akademik, dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Manakala di pihak kita pula sudah putuskan bahawa Abdul Hadi yang bawa,” katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KITA HARAP TUHAN AKAN MELAKNAT SIAPA YANG MENENTANG"

Posting Komentar