Polis berkata dalam kejadian itu, pemain JDT itu, Muhammad Fazly Mazlan yang memandu kereta jenis Audi S5 tidak mengalami sebarang kecederaan.
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan kereta dipandu pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di KM15, Jalan Sungai Mati-Bukit Gambir, Serom, dekat Tangkak, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohad Idris Samsuri berkata kejadian berlaku kira-kira 8.05 malam, namun, pemain JDT itu, Muhammad Fazly Mazlan, 23, yang memandu kereta jenis Audi S5 tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan awal polis mendapati penunggang motosikal berusia 30-an tersebut keluar dari simpang secara tiba-tiba dan membuat pusingan menuju ke jalan utama.
“Pada masa sama, terdapat sebuah kereta jenis Audi S5 yang datang dari arah belakang dan tidak sempat mengelak lalu berlaku rempuhan,” katanya.
Idris berkata mangsa yang berasal dari Taman Serom, Tangkak, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis sudah mendapatkan keterangan Fazly dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
Beliau berkata ketika kejadian, Fazly dalam perjalanan ke Plaza Tol Bukit Gambir dari kampungnya di Serom untuk pulang ke Johor Bahru.
Related Posts :
[Video Umno dah kacau bilau Najib-Zahid? Najib bersuara mengenai Jho Low, Polis soal Edy Rejang] Lebai dah jadi tukang tilik la plok! Perghhh, makin dahsyat Utusan sekarang ini! Daripada PEMBOHONG kepada PENGKHIANAT pulak! Apakah ini direstui Zahid Hamidi?Ahad, 25 November 2018
Suara Rakyat
Sepatutnya kerajaan kena lantik semula#ArulKanda1MDB untuk perjelaskan segala isu2 kerajaan terha… Read More...
[Video Saman saya Guan Eng (bangsa DAP), kita buka di mahkamah–Azwanddin] Aduhhhh! Dah hampir hari perbicaraan dah..Tup2 mintak gugurkan tuduhan ke atasnya plok, Lorrr… Read More...
[Video G3 Ibarat cacing naik ke mata & Mahasiswa himpun tuntut janji PTPTN] AMANAH Perak ingatkan ‘semut kerumuni gula’, kapitalis sanggup bertukar baju.Ahad, 25 November 2018
AMANAH Perak ingatkan ‘semut kerumuni gula’, kapitalis sanggup bertukar baju.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) har… Read More...
'Perang' Azmin-Rafizi, Apa Yang Tersirat Pada Pemilihan PKR 2018?After the grueling 36-day Florida recount battle, Al Gore finally conceded the presidency to George W. Bush on December 13, 2000. But the co… Read More...
[Video Auditor-General: Najib ordered tampering of 1MDB audit & Kenyataan Sensitif, 9 Individu Akan Dipanggil - PDRM] Cubaan menipu 32.4 juta rakyat Malaysia! Ni agenda freemason ke agenda Melayu ni lebai walaun? RULE OF LAWS, Nak-OREN-kan baju Najib pun tak boleh, nak kandangkan Najib pun tak mampu, agak² bila boleh tangkap Jho Low?Ahad, 25 November 2018
Suara Rakyat
KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM) mengesahkan bahawa Jho Low menghadiri mesyuarat L… Read More...
0 Response to "Lelaki maut, motosikal bertembung kereta pemain JDT"
Posting Komentar