Loading...
Jumlah mangsa terus meningkat kepada 4,352
Ismawi Ismail, 40, menggendong anaknya Aidil Hanifah, 3, sambil diiring isterinya Norisa Awe, 34, meredah banjir untuk ke pusat pemindahan banjir Kampung Paya Besar setelah rumah mereka dinaiki air hari ini. - Foto Bernama
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi Infobanjir, seramai 1,372 keluarga kini berada di 77 pusat pemindahan di enam daerah negeri itu.
Hulu Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,845 orang (576 keluarga) di 24 pusat pemindahan diikuti Besut seramai 1,476 mangsa (361 keluarga) di 23 pusat pemindahan.
Di Kemaman pula seramai 299 mangsa diikuti Setiu (443), Dungun (259) dan Marang (30). – Bernama
Loading...
0 Response to "MANGSA BANJIR MENINGKAT"
Posting Komentar