Loading...

MASIH BANJIR ..... SAMPAI MAC ?

Loading...

302 pelajar pulang, air masuk asrama
302 pelajar pulang, air masuk asrama

TUMPAT - Air yang naik mendadak akibat hujan lebat malam tadi menyebabkan 302 pelajar asrama di Sekolah Menengah Ugama Arab Tarbiah Diniah Bunut Sarang Burung terpaksa pulang selepas asrama mereka dimasuki air.

Pengetuanya, Ubaidillah Yusof berkata, pihak sekolah menghubungi ibu bapa mengambil anak masing-masing kerana faktor keselamatan apabila perkarangan sekolah digenangi air sedalam 0.2 meter.

"Air melimpah jam 3 pagi dan atas faktor keselamatan saya meminta kebenaran daripada pihak  Yayasan Islam Kelantan (YIK) arahkan pelajar pulang.

"Biasanya mereka pulang ke rumah sebulan sekali tetapi melihat keadaan air yang semakin naik ini, mereka dibenarkan pulang," katanya.

Menurutnya, berikutan limpahan air hujan itu menyebabkan dua rumah warden dan empat bilik asrama pelajar dimasuki air.

Katanya, apabila perkarangan Sekolah dipenuhi air, tandas tidak dapat digunakan dan ia akan menjejaskan aktiviti pelajar di asrama.

"Sejak musim banjir ini, sudah empat kali sekolah ini dinaiki air menyebabkan kerusi, meja dan rak rosak," katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MASIH BANJIR ..... SAMPAI MAC ?"

Posting Komentar