Loading...

MENGAPA PAN TERASA DENGAN CARA PAS ? TAK HABIS-HABIS JADI BANGANG

Loading...
PAS MEMANG TAK MAHU BERKAWAN DENGAN 
PAN&DAP, SEBAB PAN&DAP JAHAT. 
HARAP PAN JANGAN ULAS
APA-APA BILA PAS BERI 
SYARAT DENGAN 
PARTI LAIN

PAN JANGAN SUKA JAMPOK URUSAN
ORANG LAIN, JANGAN MENYEBUK !
SELESAIKAN URUSAN PARTI
SENDIRI DAHULU, TAMBAHLAH
AHLI PATI KALAU NAK BERKAWAN
DENGAN ORANG LAIN

ANGGOTA PARTI TIDAK SEBERAPA
CAKAP MACAM LA PAN
PARTI YANG BERPENGARUH
UKUR LA BAJU DI BADAN SENDIRI
JANGAN MENYEMAK !

-Pak Karamu-
 
 
 
 
‘Pas rasa terlalu hebat’
Pas

SHAH ALAM - Pas disifatkan sebagai ‘berasa parti mereka terlalu hebat’ berikutan tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan pihak lain.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, ‘kebersamaan’ itu penting dalam usaha mencapai muafakat dan persetujuan bersama.

“Kalau nak berkawan dengan orang, mana ada cara kita semua orang kena ikut? Apabila nak muafakat, kita kena cari benda yang boleh dijadikan asas untuk kebersamaan. Apa-apa keputusan nak capai, mesti keputusan bersama.

“Kalau ikut cara kita semua, tak adalah muafakat dan tak jadilah pakatan. Ini masalah Pas, mereka tak boleh nak kerjasama dengan orang lain. Rasa dah terlalu hebat dan besar, jadi orang lain kena ikut dia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sebelum, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan untuk ‘ikut cara Pas’ kepada mana-mana parti sekiranya mahu bekerjasama dengan Pas.

Katanya, adalah satu kerugian jika Pas berterusan enggan menjalinkan kerjasama berikutan kemenangan besar dalam pilihan raya sebelumnya pernah dicatatkan.

“Kalau tak nak apa boleh buat. Tak tahulah Pas ini nak apa. Di Malaysia ni tak boleh ada satu parti saja kalau nak menang. Umno pun tahu sebab tu dia ada 13 lagi parti komponen.

“Rugi begitu kerana 2008 dan 2013 dulu kita menang besar kerana muafakat. Jadi sekarang ni Pas nampaknya tak minat nak menang. Kalau nak cari keredaan Allah, tak payah masuk politik pun boleh,” katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MENGAPA PAN TERASA DENGAN CARA PAS ? TAK HABIS-HABIS JADI BANGANG"

Posting Komentar