Loading...

MENGAPA PAN TERUS MENERUS ULAS PAS ?

Loading...
PAN SUDAH GILA TALAK AGAKNYA, TAK PUTUS-PUTUS MEREKA ULAS PASAL PAS MENGAPA ?
DAH BUANG TABIAT ? DAH GILA TALAK ?
 
KEBELAKANGAN INI TAK BERENTI MENYALAK
DEMIKIANLAH PENYAKIT YANG HINGGAP
PADA PARTI PENGKHIANAT INI
 
PI LA CARI KEDAI SIN SEI  CARI PIL PENENANG
TELAN ANAK TIKUS KE, TELAN GUDUMBU KE,
TAKPUN BUBAR JE PAN TU MASUK DAP
 
HAYYAAAAAAA !
 
-Pak Karamu-
 
 
Amanah kata Pas tak gentleman
Mohd Anuar Tahir
Mohd Anuar Tahir – Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SHAH ALAM - Tindakan Pas yang memilih untuk tidak menghadiri majlis pelancaran parti Bersatu Ahah lalu, dianggap tidak gentleman.

Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, sebagai sebuah parti yang cintakan demokrasi, Pas sewajarnya menyambut baik kelahiran Bersatu yang ingin bersama-sama dalam perjuangan di dalam Pakatan Harapan.

“Kenapa dalam majlis bagi meraikan sebuah parti baru, mereka (Pas) tak sudi untuk hadir sedangkan Bersatu amat menghormati Pas selama ini?

“Saya percaya kalau Pas hadir sekali pun dalam majlis itu, kedudukan kerusi mereka tidak akan ditempatkan bersama dengan Amanah dan DAP,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, keputusan parti Islam itu untuk tidak menyertai majlis pelancaran Bersatu dibuat berikutan kehadiran Amanah dan DAP dalam majlis sama.

Melihat keadaan tersebut, Anuar menyifatkan bahawa ruang kerjasama di antara Pas dan Pakatan Harapan akan menjadi lebih sukar selepas ini.

“Pas dilihat mula bermain dengan masa supaya melewat-lewatkan kerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Jika kerjasama ini masih tertangguh, ia akan merosakkan strategi rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan sendiri malah hanya memberi keuntungan kepada BN,” katanya.

Dalam pada itu, Anuar berkata, Amanah meletakkan tempoh sehingga akhir Januari ini sahaja untuk Pas membuat keputusan muktamad sama ada ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan ataupun tidak.

Katanya, sekiranya masih tiada keputusan, Amanah melihat kerjasama Pakatan Harapan dengan Pas tidak lagi diperlukan memandangkan ia hanya akan merosakkan strategi bagi menumbangkan Umno dan BN.

“Untuk PRU14 akan datang, jika Pakatan Harapan sebulat suara bertanding atas satu logo dan satu manifesto, maka ia tidak akan memberi kesan jika tanpa Pas.

“Pas perlu bersedia untuk berdepan dengan Pakatan Harapan yang akan bersungguh-sungguh melawan untuk memastikan kemenangan dalam PRU nanti,” katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MENGAPA PAN TERUS MENERUS ULAS PAS ?"

Posting Komentar