Loading...

MUKHRIZ KALAU NAK MENANG, PARTI DIA KENA AJAK PAN BANTU,

Loading...
KESIAN  DENGAR RINTIHAN MUKHRIZ INI, SEOLAH-OLAH DIA SUDAH 

PUTUS ASA, DIA LUPA ATAU TIDAK MEMAHAMI AKAN KEKUATAN PAN,

SEBENARNYA  BERSATU PERLU MINTA TOLONG DENGAN PAN SEBAB

PAN ADALAH PARTI TERKUAT DI KEDAH TU. PAN DAH GANTI PAS. 

MESTI SENANG-SENANG BOLEH MENANG !



-Pak Karamu-


Mukhriz akui sukar tawan kembali Kedah

Mukhriz
Mukhriz

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui sukar untuk pembangkang menawan kembali negeri yang pernah diterajuinya sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, usaha untuk menawan kembali Kedah akan diperkukuh dan dilipatgandakan bagi memastikan ia kembali ke tangan pembangkang.

"Kedah bukan lagi negeri di bawah kuasa saya. Saya akui kita kini di pihak pembangkang, sentiasa berdepan kesukaran untuk berpolitik di negeri itu.

"Jadi pihak lawan ini (pembangkang) tidak mudah. Kita tahu yang kita sentiasa mempunyai kekurangan dan kelemahan berbanding dengan BN," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu dipetik sebagai berkata, Umno Kedah bekerja keras supaya negeri itu terus kekal di bawah pimpinan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib mahu Kedah kekal milik BN]

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, antara kesukaran yang terpaksa ditempuh Bersatu di negeri itu termasuklah sukar untuk mendapatkan tempat untuk berceramah dan berkempen.

"Saya ingat semua pihak tentu akan kerja kuat untuk meyakinkan rakyat supaya memihak kepada parti masing-masing pada pilihan raya nanti.

"BN ada kelebihan dengan memegang kerajaan sedia ada. Semua kemudahan kerajaan disediakan bagi kemudahan BN. Kita sebagai pembangkang perlu berusaha lebih gigih dalam menangani kelemahan yang ada. Nak cari tempat pun tidak mudah di sini (Kedah)," katanya lagi.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MUKHRIZ KALAU NAK MENANG, PARTI DIA KENA AJAK PAN BANTU,"

Posting Komentar