Loading...

Murid ‘mat saleh’ masuk sekolah kebangsaan

Loading...
PULAU PINANG 3 Jan. – Raut wajah ‘mat saleh’ menyebabkan keha­diran seorang murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Gelugor di sini hari ini menarik perhatian guru dan rakan-rakan pada hari pertama persekolahan.

Menariknya, Abdul Wa’ie Mohd. Rafi, 7, dilihat tidak kekok mengikuti sesi pembelajaran kerana mempunyai pengalaman bergaul dengan rakan-rakan Melayu semasa prasekolah di Taska Al-Falah Gelugor, tahun lepas.

Abdul Wa’ie hadir ke sekolah dengan ditemani ibu, Nur Julia­na Phinn, 51, dan bapa, Mohd. Rafi Abu Bakar, 46.

Mohd. Rafi berkata, dia mendirikan rumah tangga bersama isterinya yang berasal dari England sejak tujuh tahun lalu dan anak­nya sudah biasa dengan suasana kehidupan Melayu serta boleh berbahasa Melayu dengan baik ketika berkomunikasi bersama pengasuh dan rakan-rakannya.

Dia yang bertugas sebagai eksekutif penyelenggaraan di syarikat swasta berkata, anaknya dihantar ke sekolah itu untuk memastikan nilai kewarganegaraan dan kemelayuan dapat dipupuk meskipun penampilannya berbeza berbanding murid lain.

“Dia gembira apabila saya me­nyatakan hasrat mahu mendaftarkannya di sekolah ini. Saya harap raut wajahnya berbeza membuatkan lebih ramai rakan mendekati­nya bagi memudahkan dia belajar.

“Alhamdulillah, malam tadi pun dia tidur awal dan saya boleh nampak kegembiraannya untuk ke sekolah,” katanya ketika ditemui selepas lawatan Pe­ngarah Pendidikan negeri, Shaari Osman di sekolah berkenaan.

Kegembiraan murid tahun satu SK Sungai Gelugor juga ditambah dengan penampilan khas adiwira Iron Man yang menyambut mereka di pintu pagar awal pagi ini.

Watak animasi popular yang mengenakan kostum lengkap itu turut beramah mesra dan bersalaman dengan murid sebelum mereka memulakan sesi persekolahan.

SK Sungai Gelugor menerima seramai 117 murid tahun satu bagi sesi persekolahan baharu tahun ini iaitu sebahagian daripada 20,594 murid tahun satu yang mendaftar di 271 sekolah di seluruh negeri ini.

jobs from my.neuvoo.com

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Murid ‘mat saleh’ masuk sekolah kebangsaan"

Posting Komentar