Loading...

Pantau gaya hidup mewah penjawat awam

Loading...
SHAH ALAM – Pihak berkuasa perlu memberikan perhatian terhadap pegawai kerajaan dan penjawat awam yang mengamalkan gaya hidup mewah melangkaui pendapatan bulanan mereka.

Peguam, Syahredzan Johan, langkah berkenaan dapat menjadi isyarat buat pihak berkuasa dalam mengenal pasti mana-mana penjawat awam yang menyalahgunakan kuasa mereka demi kepentingan peribadi mereka.

“Bukan sahaja penjawat awam, malah ahli keluarga mereka juga perlu diberikan perhatian yang sama dalam hal ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Selain itu, Syahredzan berkata langkah tersebut juga tidak terhad kepada penjawat awam sahaja malah turut melibatkan menteri, ketua menteri, menteri besar, exco serta ahli parlimen.

Namun begitu, pihak berkuasa seharusnya mengamalkan dan mendukung prinsip tidak bersalah sehingga disabitkan bersalah dalam siasatan mereka.

“Tidak semestinya kalau seseorang itu hidup mewah bermakna dia adalah korup namun sekurang-kurangnya pemantauan wajar dilaksanakan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Dalam pada itu, Syahredzan turut mencadangkan supaya pegawai tinggi kerajaan, menteri dan exco mengisytiharkan harta mereka sebagai salah satu usaha bagi mengekang tindakan penyalahgunaan kuasa.

Beliau berkata, sekiranya pihak terlibat enggan mengisytiharkan harta secara terbuka, mereka boleh berbuat demikian melalui pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Pada pandangan saya, pengisytiharan harta adalah langkah terbaik sebagai usaha untuk menggelakkan penyalahgunaan kuasa demi kepentingan peribadi.

“Dan, jika disabitkan kesalahan, kes sebegini kebiasaannya akan melibatkan hukuman penjara,” katanya.
jobs from my.neuvoo.com

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pantau gaya hidup mewah penjawat awam"

Posting Komentar