Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

SHAH ALAM: PAS akan menilai kerjasama politiknya dengan PKR, demikian menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bagaimanapun pemimpin PAS itu berkata setakat ini hubungan kedua-dua parti berkenaan tidak menimbulkan masalah, walaupun kerjasama itu lebih bertumpu untuk kerajaan negeri Selangor.

"Tidak timbul masalah tiada kerjasama (PAS-PKR) kerana ia sudah ada. Cuma PAS kena buat perhitungan sejauh mana untung dan rugi kerjasama itu sebab kerjasama itu sudah ada. PAS ada perhitungannya (tersendiri)," demikian menurut Hadi.
Hadi, bagaimanapun tidak memperincikan sejauh mana tindakan untuk menilai kerjasama itu akan dilakukan.
Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika diajukan kedudukan kerjasama PAS dan PKR di Selangor selepas parti itu tidak lagi bersama dalam Pakatan Harapan (PH).
Walaupun PAS kini bergabung dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) menerusi Gagasan Sejahtera, namun ia masih dilihat 'bersendirian', apatah lagi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Hubungan politik PAS-PKR mula diperkatakan selepas Muktamar PAS pada tahun lalu meluluskan usul untuk mengkaji semula tahaluf siyasi antara dua parti berkenaan.

Keadaan itu timbul selepas PKR menjalin kerjasama dengan DAP dan Amanah, dua musuh politik utama PAS yang kini bergabung di dalam Pakatan Harapan (PH).
Bukan itu sahaja sikap PKR yang cenderung terhadap Amanah dan DAP menimbulkan 'gusar' di kalangan pemimpin parti pimpinan Hadi itu, sementelah sikap parti serpihan PAS itu kerap kali menyuarakan kritikan lantang.
Amanah juga secara terbuka mahu bertanding di kesemua kerusi tradisi PAS dalam pilihan raya kelak, sehingga PAS mengancam PKR untuk bertanding di kerusinya sekiranya parti yang dipimpin Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu gagal mengawal Amanah.
Related Posts :
[Video Tunggu jelah, sabar sikit] Janji PH Ditepati! Hakikat yang ramai tak tahu, Azeez Rahim Sorok Kerugian TH RM 4.1B tahun 2017.Jumaat, 29 Mac 2019
Otai BERSIH
Hakikat yang ramai tak tahu, Azeez Rahim Sorok Kerugian TH RM 4.1B tahun 2017
myinfoRAKYATMarch 29, 2019… Read More...
'Prince of Humanity' Imej Seni Pasir Terbesar Di Dunia Yang Boleh Dilihat Dari Angkasa LepasBeberapa orang pengkarya seni telah menghabiskan masa selama 2,400 jam untuk menghasilkan sebentuk imej yang dibuat daripada pasir sehinggak… Read More...
[Video Najib: Butir Beras Yang Dimakan Hasil Perjuangan Umno, Tapi Najib Makan Quinoa] Butir beras perjuangan Umno? Umno dah karam, namun kita masih makan nasi lagi? Walaun mengeluh CEO TH bagi kat Cina! Apa nak heran depa akan kata Menteri Agama sekarang pun Cina bernama Mu Ja Hid.Jumaat, 29 Mac 2019
Otai BERSIH
Teringat saya kata kata captain UMNO tak lama dulu, "Setiap nasi yang kamu suap dalam mulut kamu itu… Read More...
Jean Perera Sinnappa, Misteri Pembunuhan Miss Malaysia 1971Jean Perera Sinnappa (1948—6 April 1979) yang pernah menjadi Ratu cantik Negeri Sembilan, Ratu cantik Selangor dan Ratu cantik Malaysia pada… Read More...
[Video Untuk Jufazli. Jadi Pengecam Yang Bijak Dan Playsafe!] 'Kereta Terbang' ni cita2 PM kleptokrat rupanya? Anwar: Usahlah laga-lagakan lagi.Jumaat, 29 Mac 2019
Tumpang sekole.
Cita2 PM kleptokrat rupanya..
Anwar: Usahlah laga-lagakan lagi
Perbezaan pendapat dalam PKR ketika … Read More...
0 Response to "PAS akan nilai untung-rugi kerjasama dengan PKR - Hadi"
Posting Komentar