Loading...

Pelajar cemerlang KV layak mohon universiti - BPTV

Loading...
PUTRAJAYA: Pelajar Kolej Vokasional (KV) yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda perlu memenuhi kriteria ditetapkan iaitu mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya dua tahun atau mendapat Sijil Program Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran, Zainuren Mohd Nor, berkata selain dua kriteria itu, pelajar KV juga boleh terus memohon program sarjana muda ditawarkan universiti dengan syarat memperoleh keputusan cemerlang dalam akademik.
A
"Pelajar perlu mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, purata nilai gred keseluruhan (PNGK) akademik sekurang-kurangnya 3.33 dan PNGK vokasional 3.67.

"Selain itu, pelajar itu juga perlu melengkapkan semua modul vokasional yang ditawarkan dan memohon kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi, sebelum program KV mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan ibu bapa pelajar KV yang gusar mengenai masa depan anaknya berikutan tidak layak memohon program sarjana muda walaupun mempunyai Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

Hari ini, BH melaporkan graduan DVM tidak layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda kerana tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecuali mengambil kursus peralihan atau praijazah selama satu atau dua semester.

Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) menyatakan, graduan DVM perlu mengambil beberapa subjek teras iaitu Sains dan Matematik ketika mengikuti kursus praijazah itu di universiti bagi memantapkan pengetahuan dalam bidang berkenaan sebagai persediaan memohon program sarjana muda.


jobs from my.neuvoo.com

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelajar cemerlang KV layak mohon universiti - BPTV"

Posting Komentar