Loading...
Simunjan: Sesi pendaftaran masuk sekolah di salah sebuah sekolah menengah di Simunjan, hari ini dicemari dengan insiden seorang bapa pelajar ditumbuk oleh seorang penolong kanan yang bertugas di sekolah terbabit.
Kejadian berlaku 9.30 pagi tadi ketika mangsa lelaki berusia 35 tahun itu sedang menguruskan pendaftaran persekolahan anaknya.
Mangsa yang juga tuai rumah salah sebuah rumah panjang di Simunjan, telah secara tiba~tiba didatangi dan ditumbuk pada bahagian telinga kiri oleh seorang guru penolong kanan hal ehwal murid sekolah.
Hasil siasatan polis mendapati insiden berpunca daripada tindakan bapa pelajar berkenaan yang mempertikaikan tugas guru terbabit yang tidak mempamirkan senarai nama pelajar untuk semakan dan memudahkan urusan ibu bapa semasa pendaftaran persekolahan anak~anak mereka.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana cuba mendatangkan kecerderaan kepada orang lain.
Sumber

0 Response to "PK HEM tumbuk bapa pelajar di Sarawak"
Posting Komentar