Loading...

RAMALAN : GAGAL

Loading...
BERSATU TIDAK YAKIN PH
 MENANG
TANPA PAS MENYERTAI PH 

-Pak Karamu-
 
 
Bersatu, Pas duduk semeja esok
Pas, Bersatu
SHAH ALAM – Bersatu dan Pas akan mengadakan pertemuan rundingan kerjasama menjelang PRU14, esok.

Perkara itu disahkan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamarudin Mohd Noor ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Abdul Awang mendakwa Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mahu mempertahankan kedudukan tanpa mempedulikan Islam.

“Oleh kerana wakil-wakil Bersatu dan Pas akan bertemu dalam rundingan berikutnya, saya fikir elok saya tidak mengeluarkan sebarang ulasan mengenai kenyataan tersebut.

“Insya-ALLAH kita lihat apa hasilnya selepas pertemuan itu,” katanya.

Terdahulu, Hadi dalam kenyataannya mahu Pas mengukuhkan kedudukan dengan mempertahankan Kelantan selain kembali memerintah Terengganu dan Kedah termasuk menerajui Selangor serta memperoleh sekurang-kurangnya 40 kerusi.

Katanya, Pas menjalinkan tahaluf siyasi bersama pembangkang dan hampir menumbangkan BN apabila memenangi 89 kerusi Parlimen.

“Disebabkan wujudnya keadaan tidak seimbang dalam kedudukan politik dan jumlah kerusi Islam, menyebabkan Pas melakukan muraja’ah semula terhadap tahaluf siyasi.

“Pas bukan bersikap perkauman, namun realiti di negara ini yang harus kita akur. Islam merangkumi 65 peratus, Cina (25 peratus) dan India serta lain-lain (10 peratus), ia Siyasah Syar’iyyah yang perlu difahami,” katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RAMALAN : GAGAL"

Posting Komentar