Loading...

SEJAUH INI HANYA UMNO YANG MAMPU MEMELIHARA KESUCIAN AGAMA, YANG LAIN ?

Loading...
SUDAH BANYAK KALI AGAMA ISLAM DIHINA, NAMUN TIADA BEMBELAAN YANG WAJAR DIBERIKAN KEPADA ISLAM TERSEBUT. 
 
PARTI YANG BERNAMA ISLAM DAN UMAT YANG BERNAMA ISLAM SERTA MAJLIS YANG BERNAMA ISLAM MAHIH BISU.
 
 DENGAN PENGHINAA YANG DILONTARKAN OLEH ORANG KAFIR, UMAT YANG MENGAKU ISLAM
MASIH TIDAK MAMU MENEPIS SECARA
BERKESAN
 
 NAMA SAHAJA AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RESMI, NAMUN DIMANA MARUAH ?
SIAPA SEBENARNYA YANG MENJAGA 
MARUAH AGAMA ?

JIKA ADAPUN YANG MENGAKU MEMELIARA
AGAMA ?
NAMUN ITU SEMUANYA DENDANGAN KOSONG, MENGAPA JADI DEMIKIAN ???

-Pak Karamu-
 
 
Pemuda Umno kesal gesaan kaji dasar sekolah agama
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii‎
Mohd Razlan Muhammad Rafii‎

SHAH ALAM - Pemuda Umno Wilayah Persekutuan memandang serius berkenaan kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang menggesa kerajaan untuk mengkaji semula dasar-dasar sekolah agama yang dibiayai kerajaan.

Ketua Pemudanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, Pemuda Umno Wilayah Persekutuan memandang serius berkenaan kenyataan yang dikeluarkan itu.

Menurutnya, pihaknya kesal kerana kenyataan tersebut dikeluarkan tanpa berfikir panjang dan beliau (Dominic) gagal mendapat kefahaman yang jelas berkenaan isu ini.

“Sepatutnya, sebagai seorang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang politik, beliau seharusnya dapat membezakan diantara “Sekolah Berteraskan Agama” dan “Sekolah berteraskan Bangsa”.

“Sekolah Venekular merupakan sekolah berteraskan bangsa dan mana-mana bangsa yang mempunyai lapisan agama yang berbeza boleh bersama-sama untuk mengikuti pembelajaran di Sekolah ini.

“Manakala Sekolah Agama (Islam) pula adalah sekolah yang berasaskan kepada agama dan sekiranya mana-mana bangsa yang beragama Islam boleh memohon untuk belajar di Sekolah berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Naib presiden gerakan ini mendakwa didapati bahawa walaupun tidak semua pelajar mempunyai pandangan ekstremis, namun kecenderungan pemikiran ini masih ada.

Mohd Razlan berkata, ini merupakan satu tuduhan yang tidak berasas dan jelas menunjukkan beliau tidak memahami dan mengetahui perbezaan silibus pendidikan yang diguna pakai di sekolah-sekolah agama dimana ianya berbeza dengan Sekolah Pondok.

Tambahnya, diingatkan kepada beliau (Dominic) untuk memahami intipati Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Agama Islam adalah merupakan agama rasmi Persekutuan.

“Pemuda mengingatkan Dr Dominic agar jangan mempergunakan isu-isu agama Islam sebagai modal politik cetek yang akhirnya akan memecah belahkan lagi keharmonian diantara rakyat Malaysia yang sekian lama menghormati amalan kebebasan beragama,” katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SEJAUH INI HANYA UMNO YANG MAMPU MEMELIHARA KESUCIAN AGAMA, YANG LAIN ?"

Posting Komentar