Loading...

SPRM DAN MARA JUGA SIASAT

Loading...
SPRM buka kertas siasatan terhadap Annuar Musa
SPRM
SPRM

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa Tan Sr Annuar Musa.

Dalam satu kenyataan rasmi, SPRM mendakwa akan berkerjasama dengan bahagian audit dalaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi menyiasat isu tersebut.

“Ingin ditegaskan bahawa siasatan SPRM hanya tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan beliau dalam penajaan bola sepak Kelantan.

“Selain itu, siasatan berhubung salah tadbir urus pula akan dijalankan oleh pasukan audit dalaman Mara,” katanya di dalam kenyataan media.

Tan Sri Annuar Musa digantung dari jawatan Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuatkuasa serta merta hari ini.

Annuar digantung tugas daripada jawatan tersebut berikutan daripada isu tajaan bola sepak oleh PMB buat skuad Kelantan.


Sementara itu, SPRM turut meminta agar tiada sebarang spekulasi dibuat sebelum berhubung siasatan kes tersebut.

“Semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan berikan ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan,” katanya lagi.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SPRM DAN MARA JUGA SIASAT"

Posting Komentar