Loading...
ORANG ISLAM SEMUA DAH JADI BISU
MASA SEKARANG BUKAN LAGI UNTUK MENIKUS
DENGAN ORANG KAFIR KERANA POLITIK.
SUDAH BANYAK KALI KENYATAAN MENGHINA AGAMA OLEH ORANG KAFIR NAMUN ORANG ISLAM
MASIH TIDUR NYENYAK, KITA
TIDAK TAHU KENAPA
YANG MENJAGA KEPENTINGAN AGAMA PULA SUDAH MENJADI ORANG BISU SERIBU BAHASA
ADA JABATAN AGAMAPUN MACAM MAKAN
GAJI BUTA SAHAJA, NANTI BILA TERJADI
KEBURUKAN BARULAH JABATAN
AGAMA MAHU BERSUARA
MAJLIS RAJA-RAJA-RAJAPUN SATU NADA DENGAN
MAJLIS AGAMA
KALAU UMAT ISLAM BERTINDAK SENDIRI BAGAIMANA ??????
-Pak Karamu-
'Gerakan jangan kacau agama Islam'
Syed Ali Al-Habshee
SHAH ALAM - Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai disifatkan sebagai bersikap kurang ajar kerana mendakwa sekolah agama dibiayai kerajaan adalah ancaman sebenar kepada perpaduan di negara ini.
Menyanggah perkara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras berkata, Hoe Chai sengaja mencabar dan membakar perasaan orang Melayu dan umat Islam dengan mengeluarkan kenyataan yang terlalu biadap dan menjengkelkan.
"Saya nak beritahu Gerakan, jangan sengaja nak kacau dalam isu agama Islam, jangan nak tunjuk jaguh," kata Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dipetik menerusi blog Umno Bahagian Cheras.
Hoe Chai sebelum ini dipetik sebagai berkata, sekolah agama adalah ancaman sebenar perpaduan di negara ini dan bukannnya sekolah vernakular.
Hoe Chai juga mendakwa sekolah agama mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan mereka yang mempunyai fahaman ekstremis Islam.
Membidas kenyataan itu, Syed Ali berkata, kenyataan yang dikeluarkan Hoe Chai tidak boleh dipandang ringan kerana telah menyentuh mengenai agama Islam yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.
"Selama ini kita kata Barat yang lakukan propaganda kononnya Islam agama ekstrim, tetapi malangnya, pemimpin Gerakan, rakan BN tuduh sekolah agama kita (Islam) cenderung kepada pelampau, ini dakwaan jahat dan tidak boleh dipandang ringan," tegasnya.
Mengulas lanjut perihal itu Syed Ali berkata, Umno akan bangkit apabila institusi agama Islam dipersoalkan walaupun yang mempertikaikan itu datangnya daripada rakan BN.
"Berada dalam BN bukan bermakna mereka (Gerakan) boleh sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang sengaja untuk menghiris hati orang Melayu dan umat Islam," tegasnya.
Beliau menjelaskan, sekolah agama yang dibiayai kerajaan menjuruskan kepada pembentukan akhlak mulia termasuk mengamalkan sikap bertelonrasi selari dengan dasar pelajaran kebangsaan.
Malah tambah beliau, Islam mengajar umatnya supaya menghormati penganut agama lain dan hidup dalam kerukunan dalam sebuah masyarakat yang berbeza agama, budaya dan latar belakang.
Oleh itu, ujarnya tuduhan Hoe Chai bahawa sekolah agama merupakan ancaman kepada perpaduan di negara ini terlalu kurang ajar serta rasis.
Katanya, besar harapannya agar Presiden Gerakan Mah Siew Keong berbuat sesuatu mengenai perkara ini.
"Saya juga berharap Presiden Gerakan jangan jadi bisu, tolong beri nasihat Naibnya supaya memahami ini adalah realiti Malaysia bahawa Islam agama rasmi dan tidak boleh dipersoal atau cuba memberi tafsiran yang salah," katanya.
Loading...
0 Response to "SUARA GERAKAN SATU NADA DENGAN DAP"
Posting Komentar