Loading...

TAK RAMAI SAMBUT ANUAR DI P.PINANG

Loading...
Penyokong sambut Anwar Ibrahim di Pulau Pinang
anwar ibrahim

GEORGETOWN - Kira-kira 300 penyokong dari PKR menyambut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir ke Mahkamah Tinggi di sini tadi.

Anwar yang dibawa dari Penjara Jawi, Nibong Tebal tiba di mahkamah bagi menghadiri perbicaraan kes menyaman sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang didakwa memfitnahnya berhubung penggubahan wang haram.

Anwar yang di kawal ketat polis tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi kira-kira jam 9.15 pagi sambil diiringi laungan 'reformasi' oleh penyokongnya.

Turut hadir, isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR yang juga anaknya, Nurul Izzah; Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan barisan pemimpin kerajaan negeri lain.

Wan Azizah tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi dengan diiringi seorang lagi anaknya, Nurul Nuha bersama dua cucunya.

Keadaan di luar mahkamah terkawal dengan kawalan lebih 100 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "TAK RAMAI SAMBUT ANUAR DI P.PINANG"

Posting Komentar